Polis tahan 16 wanita Afrika aktif tawar khidmat seks RM100 sekitar ibu negara

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 40 kondom, 10 tiub gel pelincir, 14 telefon bimbit, wang tunai RM800 dan tujuh gulung tisu

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seramai 16 wanita warga asing berusia 21 hingga 40 tahun yang terlibat dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sekitar Bukit Bintang dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu turut merampas pelbagai barangan seperti kondom, gel pelincir, telefon bimbit serta wang tunai RM800.

“Hasil serbuan, pihak polis telah menahan 16 wanita warganegara asing dari sebuah negara dari benua Afrika, berusia lingkungan 21 hingga 40 tahun.

“Dalam serbuan ini juga, polis turut merampas 40 kondom, 10 tiub gel pelincir, 14 telefon bimbit, wang tunai RM800 dan tujuh gulung tisu,” katanya.

Menurut Noor Dellhan, kesemua individu yang ditahan dipercayai menawarkan khidmat seks RM100 satu sesi, yang mana mereka menyewa bilik di hotel bajet tersebut dengan kadar RM110 sehari.

“Kesemua mereka yang ditahan ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka juga akan berpindah dari satu hotel bajet ke satu hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa.

“Pelanggan mereka dipercayai terdiri daripada warga asing dan penduduk tempatan,” katanya.

Susulan penangkapan tersebut, kesemua 16 wanita terbabit ditahan reman bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Pihak polis menyeru orang ramai termasuk pihak pengurusan hotel untuk tampil memberikan kerjasama serta menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke IPD Dang Wangi menerusi talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – 23 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related