BlackRock pegang saham dalam CGS International, KJ pengarahnya, jadi apa cerita ni? soal Farhan

Khairy dilantik sebagai pengarah bebas eksekutif syarikat tersebut berkuat kuasa pada 28 Februari lalu

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kelantangan Khairy Jamaluddin dalam isu BlackRock bagaikan cakap tak serupa bikin kerana beliau seolah-olah lupa akan kedudukannya sebagai pengarah dalam syarikat CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Sedangkan sebahagian saham dalam syarikat CGS itu, kata Pegawai Tugas-Tugas Khas II kepada Menteri Komunikasi, Mohd Farhan Zulkefly Balan dimiliki BlackRock Inc.

“KJ dilantik jadi Pengarah CGS International pada March 2024. Selepas genocide (pembunuhan beramai-ramai).

“Blackrock pegang saham dalam CGS International. So apa cerita ni KJ (Khairy)?” soalnya dalam hantaran di platform X.

Untuk rekod, Khairy dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat tersebut berkuat kuasa pada 28 Februari lalu bersama Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Malah, kata Farhan, Khairy turut meluluskan pembelian vaksin Pfizer yang juga sebahagian sahamnya dimiliki BlackRock ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan.

Menurutnya, meskipun ia berlaku sebelum tragedi pembunuhan beramai-ramai di Palestin, hakikatnya BlackRock mempunyai pegangan saham dalam syarikat farmaseutikal, Pfizer.

“(Vaksin) Pfizer yang KJ luluskan sebagai vaksin tu pun, BlackRock adalah pemegang saham. Tapi KJ luluskan Pfizer sebelum tragedi genosid besar-besaran tahun lepas.

“Ia bukan berkaitan dengan timeline (garis masa). Ia berkait dengan siapa BlackRock dan kenapa syarikat itu ada saham dalam Pfizer,” katanya.

Jelas Mohd Farhan, bukan mudah untuk mencari syarikat lain yang tidak mempunyai BlackRock dalam pegangan sahamnya seperti yang dicadangkan Khairy.

Katanya, ini kerana BlackRock sememangnya akan melabur di hampir semua syarikat terkemuka dunia termasuk Malaysia.

“Buktinya, time (waktu) KJ nak pilih vaksin pun, susah untuk dapatkan vaksin yang “Bebas BlackRock”.

“BlackRock ada saham dalam Pfizer dan Astrazeneca. Ingat lagi tak KJ?” soalnya.

Pada masa sama, Mohd Farhan berkata, BlackRock turut memiliki pegangan saham dalam beberapa syarikat di negeri ditadbir kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kalau nak tahu, di negeri PN yang kendali lombong emas Kelantan ada saham BlackRock. Hotel di Terengganu baru buka tahun ini pun ada saham BlackRock.

“Kalau nak tahu kenapa hampir semua syarikat besar ada BlackRock, kena faham betul-betul dulu. Baru senang tak tertipu,” katanya.

Beliau mengakui orang ramai mengecam BlackRock kerana syarikat itu ada melabur dengan syarikat Israel namun BlackRock mempunyai pegangan saham dalam syarikat Israel kerana syarikat itu akan melabur di hampir semua saham di bursa dunia termasuk Malaysia.

“BlackRock akan labur dan dah labur pun dalam syarikat Malaysia sejak 1990. Banyak syarikat di Malaysia yang BlackRock dah labur.

“Punyalah kuat melabur pada hampir semua syarikat Bursa sampaikan BlackRock jadi pemegang saham nombor dua paling besar di Bursa Malaysia.

“Semua syarikat terkenal dalam Bursa memang syarikat itu akan labur walaupun sikit seperti Google, Facebook, Apple dan Pfizer,” katanya.

Isu BlackRock timbul selepas Gateway Development Alliance (GDA), sebuah konsortium yang terdiri daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) mengumumkan tawaran untuk mengambil alih saham dalam MAHB yang belum dimiliki Khazanah dan KWSP.

GIP dan Adia akan menyertai konsortium itu di bawah usaha sama, GIP Aurea, sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan, Khazanah dan KWSP akan menguasai 70% MAHB, manakala GIP Aurea pula akan memegang 30% lagi.

Pada masa sama, beliau menegaskan Khazanah dan KWSP tetap akan menguasai 70% saham dalam MAHB manakala 30% sahaja dipegang oleh GIP dan lain-lain.

Malah katanya, sehingga hari ini GIP belum diambil alih oleh BlackRock.

“Kalau BlackRock dah beli GIP nanti pun, Khazanah dan KWSP hanya akan deal (perjanjian) dengan pengurusan sedia ada GIP bukan BlackRock. Ini jaminan GIP,” katanya.

Semalam, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terbabit dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melalui Gateway Development Alliance (GDA).

Ketua Bahagian Pengangkutan di GIP dan Pengarah GDA, Phil Iley, berkata seperti yang diumumkan pada Januari lalu, GIP akan diambil alih oleh BlackRock dengan transaksi terbabit dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga 2024.

Beliau berkata, BlackRock mengiktiraf kepakaran GIP dalam pelaburan berkaitan infrastruktur.

“Selepas transaksi ini dimuktamadkan, pihak pengurusan sedia ada GIP akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab bagi hala tuju strategik dan operasi GIP serta syarikat-syarikat di bawah pelaburan kami,” katanya. – 22 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

US strikes deal with Jho Low to return US$100 mil in 1MDB-linked assets to Malaysia

They include artworks by Andy Warhol and Claude Monet, as well as a Paris apartment

Related