Henti serta-merta penjualan saham MAHB kepada BlackRock, desak Pemuda Umno

Pemuda Umno membantah sekeras-kerasnya penjualan saham MAHB kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemuda Umno mendesak kerajaan menghentikan serta-merta penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP) atas nama solidariti bersama rakyat Palestin.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, penjualan sebanyak 30% saham itu amat bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini yang mendokong perjuangan Palestin.

Pemuda Umno, katanya, membantah sekeras-kerasnya penjualan saham itu kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel.

“Jadi pada hari ini, Pemuda Umno ingin sekeras-kerasnya memohon dan juga mendapatkan perhatian kerajaan supaya penjualan saham ini kepada syarikat yang dimiliki BlackRock ini boleh dihentikan serta-merta.

“Hakikatnya hari ini GIP adalah milik BlackRock yang kita tahu secara terang-terangan menyokong kegiatan genosid di bumi Palestin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penjualan secara langsung itu akan mendedahkan aset berkepentingan nasional dan awam kepada pihak yang rapat serta mempunyai simpati kepada agenda Zionis.

“Kita mahu solidariti kita ini bukan hanya berada peringkat antarabangsa. Ia harus dibuktikan dalam negara kita sendiri,” katanya.

Terdahulu GIP yang dimiliki BlackRock, firma pelaburan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) menjelaskan syarikat itu tidak terlibat dalam usaha menswastakan MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA).

Ketua Pengangkutan di GIP dan Pengarah GDA, Phil Iley berkata, pada Januari 2024 diumumkan bahawa GIP telah diambil alih oleh BlackRock dengan urus niaga itu dijangka selesai pada suku ketiga 2024.

Menurutnya, BlackRock mengiktiraf kepakaran GIP dalam pelaburan infrastruktur.

“Selepas urus niaga ditutup, pasukan kepimpinan sedia ada GIP akan mengekalkan kawalan dan tanggungjawab penuh ke atas hala tuju strategik dan operasi GIP dan syarikat di mana kami telah melabur,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Bernama.

Susulan isu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, negara tiada upaya membatalkan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel tetapi beroperasi di negara lain.

“Baik… bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di Amerika, Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel?

“Tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan menjejaskan ekonomi negara,’’ katanya.

Anwar turut meminta supaya isu BlackRock tidak dijadikan sebagai wayang politik oleh pihak tertentu bagi menghasut rakyat.

Mengulas lanjut, Akmal mengakui pembatalan penjualan saham itu kelak akan memberi kesan kepada ekonomi, namun ekonomi negara pernah terjejas sebelum ini.

“Banyak lagi syarikat di luar sana yang MAHB boleh meminta bantuan. Saya tidak rasa kalau tiada (penjualan saham kepada) BlackRock ini, MAHB akan bankrap kerana banyak lagi syarikat di luar sana yang boleh membantu MAHB,” katanya.

Beliau berkata, semua menteri dan pemimpin tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang perlu senada dalam perkara itu.

“Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), ada yang nyatakan pandangan dan gesaan. Kita perlu memberi mesej jelas yang kita tidak menyokong dan sama sekali tidak boleh terima perkara ini,” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Nak jadi influencer kena ada ilmu, karier tidak kekal kerana populariti boleh lenyap ditelan zaman

Menurut Ryzal Ibrahim, pendidikan sangat penting kerana ia akan membentuk keperibadian seseorang tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang diceburi

Related