Kes RM24.2 juta lesap: Suspek jalankan ‘tugas’ mudah dapat habuan hingga RM200,000

Kegiatan penipuan ini adalah satu jenayah terancang membabitkan dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang simpanan tetap yang sudah dikenal pasti

6:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suspek kes kehilangan wang tunai RM24.2 juta dari akaun simpanan tetap sebuah bank baru-baru ini didapati mengagihkan habuan wang berkenaan sesama mereka mengikut ‘tugas’ masing-masing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan siasatan, suspek yang menjalankan tugas paling mudah menerima bayaran serendah RM100,000 hingga RM200,000.

“Daripada 14 suspek yang ditahan bermula 13 Jun hingga semalam, empat daripada mereka adalah kakitangan bank terdiri daripada pengurus dan penyelia simpanan tetap.

“Kegiatan penipuan ini adalah satu jenayah terancang membabitkan dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang simpanan tetap yang sudah dikenal pasti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, empat mangsa dalam kes itu adalah pemilik akaun simpanan tetap membabitkan tiga pemilik akaun bank di Selangor dan satu di Perak.

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pengeluaran wang berjaya dilakukan melalui pakatan dalaman dengan cara mematuhi prosedur pengeluaran wang ditetapkan pihak bank sehingga menjadikannya tidak dapat dikesan – Gambar Bernama, 21 Jun, 2024

“Pengeluaran wang pertama secara tunai di kaunter bank berjaya dilakukan sekitar April lalu, disusuli beberapa pengeluaran seterusnya pada Mei serta Jun.

“Pengeluaran wang berjaya dilakukan melalui pakatan dalaman dengan cara mematuhi prosedur pengeluaran wang ditetapkan pihak bank sehingga menjadikannya tidak dapat dikesan.

“Kegiatan penipuan ini mula terbongkar apabila seorang pemilik akaun simpanan yang juga mangsa hadir ke bank untuk membuat pengemaskinian akaun.

“Mangsa membuat laporan polis 6 Jun lalu sebelum satu pasukan siasatan dibentuk untuk menyiasat kegiatan pengeluaran wang tanpa kebenaran dan pemilik akaun sebenar,” katanya.

Selain itu beliau berkata, suspek dalam kes itu juga mempunyai kepakaran memalsukan sistem biometrik pada kad pengenalan dan data milik mangsa.

Scoop sebelum ini melaporkan JSJK menerima empat laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun simpanan tetap membabitkan kerugian bernilai RM24.2 juta.

Laporan polis dibuat pemilik akaun dan kakitangan bank di Petaling Jaya, awal bulan ini memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah.

Pengeluaran mencurigakan itu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap di bank tersebut dengan kesemua pemiliknya menafikan mengetahui perkara itu, selain tidak pernah ke Kota Kinabalu bagi membuat pengeluaran seperti didakwa.

Siasatan mendapati terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan memandangkan urusan itu hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman. – 21 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related