PAS yang nak bertanding di Nenggiri, keputusan Speaker DUN Kelantan bermotif politik: Umno

Datuk Zawawi Othman juga mempersoalkan mengapa surat untuk Mohd Azizi Abu Naim tidak datang dari PAS kerana beliau bertanding untuk kerusi DUN Nenggiri atas tiket parti itu

9:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri menunjukkan keinginan PAS bertanding di kerusi berkenaan dan bermotifkan politik.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, keputusan itu menunjukkan sikap tidak jujur PAS terhadap Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Malah, lebih pelik katanya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim bertanding di kawasan berkenaan atas tiket PAS tetapi keputusan pengosongan kerusi dibuat oleh Speaker berdasarkan surat daripada pucuk pimpinan Bersatu.

“Yang jadi peliknya ialah Azizi walaupun ahli Bersatu, tetapi bertanding guna tiket PAS, watikah daripada PAS, tapi keputusan Speaker DUN berdasarkan surat daripada Setiausaha Agung Bersatu.

“Sepatutnya surat daripada Setiausaha Agung PAS kerana Azizi bertanding atas tiket parti itu, bukannya dari Setiausaha Agung Bersatu.

“Ini tunjukkan PAS sudah tidak jujur kepada Bersatu, hakikat sebenarnya PAS yang nak bertanding dan saya yakin PAS akan bertanding di Nenggiri,” katanya.

Pada Rabu Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu, yang memaklumkan hilang keahlian Bersatu dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dalam pada itu, Zawawi yakin Umno akan meletakan calonnya pada PRK Nenggiri kelak dan keputusan itu bakal disokong secara konsensus gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya rasa PH mengambil kira kedudukan Nenggiri dan saya cukup yakin mereka akan bagi laluan kepada Umno dan beri kerjasama dalam bantuan menggerak jentera parti.

“Di Gua Musang, Umno banyak jasa di sini, kami sentiasa berikan yang terbaik buat rakyat, Umno bukan parti retorik, kita berkempen mengikut perancangan.

“Umno Kelantan akan menggembleng tenaga dan berusaha sebaik mungkin bagi merampas semula Dun Nenggiri,” katanya.

Pada pilihan raya lalu, Mohd Azizi menang dengan undian 6,431 mengalahkan calon BN, Ab Aziz Yusoff yang mendapat 5,682 undi. – 21 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related