PRK DUN Nenggiri boleh diadakan walaupun kes dibawa ke mahkamah: Pakar perlembagaan

Suruhanjaya Pilihan Raya boleh terus bertindak mengikut notis Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tanpa terikat dengan tindakan mahkamah oleh Adun berkenaan

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tetap akan diadakan meskipun penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim mahu merujuk kes itu ke mahkamah.

Bercakap kepada Scoop, pakar perlembagaan, Prof Muhammad Fathi Yusof berkata, tindakan tersebut tidak akan menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada melaksanakan tugas untuk mengadakan PRK di kerusi yang diisytiharkan kosong itu.

“Kerusi tetap kosong dan PRK boleh berlangsung. SPR boleh terus bertindak mengikut notis Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tanpa terikat dengan tindakan mahkamah oleh Adun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohd Azizi yang berhasrat mahu membawa kes itu ke mahkamah selepas Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Adun dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada Bersatu.

Dalam pada itu, Muhammad Fathi berkata, keputusan Mohd Amar yang mengumumkan kekosongan kerusi tersebut berkuat kuasa semalam bukan berunsur politik atau berat sebelah, sebaliknya dibuat mengikut Perlembagaan negeri.

Jelas beliau, merujuk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan serupa dalam Perlembagaan negeri, tugas Speaker DUN Kelantan adalah memaklumkan kepada SPR apabila berlaku kekosongan kerusi jika mana-mana wakil rakyat terhenti keahlian dalam parti.

Menurut pakar perlembagaan, Prof Muhammad Fathi Yusof, keputusan Mohd Amar mengumumkan kekosongan kerusi tersebut berkuat kuasa semalam dibuat mengikut Perlembagaan negeri. – Gambar Facebook, 20 Jun, 2024

“Tiada unsur politik atau berat sebelah. Pemakluman itu dibuat berdasarkan notis bertulis yang diterima daripada Bersatu berkaitan kewujudan faktor yang menyebabkan berlaku kekosongan di kerusi berkenaan.

“Kalau kita rujuk apa yang berlaku dalam Bersatu apabila terdapat wakil rakyat berpaling tadah iaitu tidak lagi beri kepercayaan kepada partinya sendiri sebaliknya sokong parti lawan.

“Jadi dengan merujuk kepada peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Bersatu itu sendiri, kita dapat memahami bahawa wujud situasi yang diperuntukkan di bawah Perkara 49A iaitu wakil rakyat berkenaan tidak lagi menjadi ahli parti mereka,” katanya.

Sebelum itu, Umno Kelantan menyifatkan keputusan Speaker DUN Kelantan yang mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri berkuat kuasa semalam lebih kepada politik dan berat sebelah.

Ketua Penerangannya, Datuk Zawawi Othman berkata, keputusan dibuat berdasarkan surat yang dihantar Setiausaha Agung Bersatu yang memaklumkan Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli parti berkenaan sedangkan wakil rakyat itu bertanding menggunakan logo PAS.

“Keputusan Speaker tidak salah cuma kita melihat ia dibuat menjurus kepada isu politik dan bias (berat sebelah).

“Apabila Speaker memaklumkan kerusi kosong dan perlu diisi dalam tempoh tertentu, (SPR) akan melaksanakan apa yang patut berdasarkan pemakluman Speaker,” katanya.

SPR dalam kenyataan semalam memaklumkan mesyuarat khas PRK DUN Nenggiri di Kelantan akan diadakan pada Jumaat depan. – 20 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Confession under Evidence Act recorded from one of Zayn Rayyan’s parents

Police did not say which parent was involved in the closed proceeding in court today

Related