Bersatu serah notis pemakluman kekosongan enam kerusi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat

Kesemua notis pemakluman kekosongan bagi kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu telah ditandatangani Datuk Seri Ronald Kiandee selaku Ketua Whip Bersatu

3:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam Ahli Parlimen dari Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, bagi pihak parti, kesemua notis pemakluman kekosongan bagi kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu telah ditandatanganinya selaku Ketua Whip Bersatu.

“Semua maklum, semalam suatu precedent kekosongan luar jangka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri juga telah diumumkan Yang Dipertua Dun Kelantan, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah, yang merupakan keputusan tepat mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan serta selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima. Hal ini juga telah diperjelas oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun,” katanya.

Beliau berkata, pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik ‘adalah muktamad dan konklusif’.

“Secara prinsipnya, saya yakin Tan Sri Johari Abdul (Yang Dipertua Dewan Rakyat) mahu memastikan badan Legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Beliau tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong dan seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Bersatu menyerahkan notis terhenti serta-merta kepada enam wakil rakyat parti itu yang mengisytiharkan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bagi seorang lagi wakil rakyat, Suhaili Abdul Rahman, notis tersebut dihantar lebih awal iaitu pada 17 Mei lalu.

Wakil rakyat tersebut adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, kesemua notis pemakluman kekosongan bagi kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan telah ditandatanganinya selaku Ketua Whip parti tersebut. – Abdul Razak Latif/Scoop, 20 Jun, 2024

Semalam, status Mohd Aziz Abu Naim yang juga Adun Nenggiri akhirnya terjawab apabila kerusi tersebut diisytiharkan berlaku kekosongan luar jangka.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Mohd Azizi pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun yang memaklumkan hilang keahlian Bersatu dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Susulan itu, SPR memaklumkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Mohd Amar berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dun Nenggiri.

Menurut SPR, sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman berkenaan.

Sehubungan itu satu mesyuarat khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri akan diadakan pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut. – 20 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Confession under Evidence Act recorded from one of Zayn Rayyan’s parents

Police did not say which parent was involved in the closed proceeding in court today

Related