Penyelam Malaysia maut ketika bersihkan kapal di Singapura

Kementerian Tenaga Manusia Singapura sedang menyiasat kejadian itu dan mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam

8:34 AM MYT

 

SINGAPURA – Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan kerja-kerja pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, berhampiran East Coast pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata, dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 2.10 petang, mangsa telah tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

“Pekerja itu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu.

MOM berkata, peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Sementara itu, CNA melaporkan bahawa pihak polis berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan. – 20 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

US strikes deal with Jho Low to return US$100 mil in 1MDB-linked assets to Malaysia

They include artworks by Andy Warhol and Claude Monet, as well as a Paris apartment

Related