SPRM diletak di bawah Parlimen: Cadangan bersifat ‘indah khabar daripada rupa’

Cadangan meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti mana badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah lebih wajar

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen adalah tidak wajar kerana badan itu seharusnya perlu kekal bebas tanpa dikawal atau dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan.

Bercakap kepada Scoop, pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdullah berkata, SPRM seharusnya tidak berada di bawah telunjuk mana-mana pihak untuk mengelak wujudnya konflik kepentingan (conflict of interest) terhadap siasatan kes yang dilakukan oleh agensi berkenaan.

“Cadangan ini bagi saya indah khabar daripada rupa sahaja, kalau SPRM diletak di bawah kuasa Parlimen, mesti akan ada satu jawatankuasa ditubuhkan dan ia mesti ikut kuota peratusan ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen.

“Contohnya, kalau ia mempunyai 10 orang wakil, mestilah ia diterajui ahli majoriti yang merupakan kerajaan. Jadi, bukankah menteri dan kerajaan boleh menyuruh Dewan Rakyat membuat keputusan memihak kepada mereka (contoh sekiranya ada ahli politik daripada parti kerajaan terlibat dalam siasatan kes SPRM).

“(Sekiranya begitu), kita tak boleh nafikan (akan timbul) persepsi daripada rakyat bahawa ada penyalahgunaan kuasa campur tangan oleh pihak eksekutif (iaitu kerajaan yang mengawal selia SPRM sekiranya cadangan itu dipersetujui),” katanya.

Justeru Haniff melihat cadangan untuk meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA), seperti mana badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah lebih wajar untuk dipertimbangkan berbanding di bawah Parlimen.

“Sebelum ini, Sultan Johor (Sultan Ibrahim) sebelum naik takhta Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka ada menyatakan SPRM diletakkan di bawah (kuasa) raja.

“Bagi saya cadangan ini lebih baik tetapi tidak semestinya di bawah YDPA secara terus, sebaliknya diletakkan di bawah kuasa Majlis Raja-Raja,” katanya.

Bernada sama, pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, SPRM sewajarnya dibiarkan bebas bergerak bagi mengelakkan sebarang ‘conflict of interest’ terhadap mana-mana pihak.

Menurutnya, SPRM wajar diletakkan di bawah kuasa YDPA seperti mana badan beruniform lain seperti PDRM dan Kastam Diraja Malaysia, yang sama sekali tidak berkaitan di bawah bidang kuasa mana-mana kerajaan yang memerintah.

“Kalau SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa YDPA, ia masih lagi bebas daripada campur tangan kerajaan, yang ini lebih make sense. Yang terbaik sekali YDPA yang memayungi SPRM, bukan Parlimen untuk elakkan wujudnya sebarang conflict of interest di kemudian hari.

“Kalau di bawah Parlimen, ia diletakkan di bawah kerajaan jadi tidak nampak di mana kebebasan yang dimaksudkan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti implikasi berhubung cadangan untuk meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa Parlimen.

Anwar berkata, syarat-syarat ketat mengenai cadangan itu juga perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

Ahad lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika menjadi tetamu audio siar bersama sebuah penerbitan berita tidak bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen kerana SPRM satu-satunya agensi dipantau lima badan bebas berbanding Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang dipantau empat badan pengawasan. – 20 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Confession under Evidence Act recorded from one of Zayn Rayyan’s parents

Police did not say which parent was involved in the closed proceeding in court today

Related