Ustaz Don pertahan diri, dakwa video pendek punca salah faham, ‘Saya tidak petik hadis, tapi…’

Beliau tidak menyebut mana-mana hadis ketika bersiaran dalam program Salam Baitullah, sebaliknya memetik kitab Imam An Nawawi Al-Bunyan iaitu Tanqihul Qaul Al Hadith Syadah Lubab Al Hadith

11:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas,  Ustaz Don Daniyal tetap berfikiran positif walaupun khidmatnya sebagai hos program Salam Baitullah yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditamatkan serta-merta hari ini.

Menurut Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 40, dia menganggap apa yang berlaku itu mungkin disebabkan salah faham berikutan ramai tidak melihat video keseluruhan perbincangan tersebut sekali gus menyebabkan dirinya dikecam.

“Mungkin wujud salah faham, perbincangan pada hari ini mempunyai perbezaan cara berfikir. Saya tidak sebut memetik hadis tetapi saya sebut memetik kitab yang ditulis oleh Imam An Nawawi Al-Bunyan iaitu Tanqihul Qaul Al Hadith Syadah Lubab Al Hadith.

“Beliau juga merupakan orang Melayu (Nusantara) yang menjadi Imam Masjidil Haram. Mana mungkin imam ini menulis perkara yang salah dan kalau saya memetik kitab itu maksudnya imam itu juga (telah) melakukan kesilapan.

“Sebelum tamat rancangan, saya siap minta maaf jika ada salah dan silap,” katanya kepada pemberita dalam sidang media tergempar di Putrajaya, malam ini.

Pada masa sama, beliau mendakwa stesen televisyen terbabit hanya mendengar pendapat melalui satu pihak.

Menurut Ustaz Don, dia tidak memetik mana-mana hadis sebaliknya hanya menghuraikan kitab Tanqihul Qaul Al Hadith Syadah Lubab Al Hadith dari Imam An Nawawi Al Bunyan. – Halim Salleh/Scoop, 14 Jun, 2024

“Mereka hanya mendengar satu pihak dan mereka beri reaksi berdasarkan pihak sana sahaja.

“Sedangkan saya dah berjumpa pihak autoriti, mestilah saya berpegang dengan apa yang mereka pesan,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan selepas seminggu direhatkan dan kembali mengacarakan program tersebut semalam, Ustaz Don sekali lagi mencetuskan kontroversi menerusi episod malam tadi.

Isu itu menjadi kontroversi apabila Ustaz Don didakwa membuat ungkapan mengenai memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman ketika ditemui Scoop berkata, pihaknya sebelum ini mengambil risiko dengan memberi peluang kepada Ustaz Don untuk muncul semula dalam program tersebut, malangnya, ia tidak digunakan dengan sebaiknya.

Sambil meluahkan kekecewaan, Suhaimi berkata, dalam program Salam Baitullah, Ustaz Don adalah pengacara atau moderator, bukan sebagai ahli untuk menjawab atau mengupas hadis. – 14 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related