Korporat Malaysia pegang aset mudah tunai asing luar negara US$190 bilion: BNM

BNM menggalakkan mereka untuk membawa semula keuntungan yang direalisasikan dan menukarnya kepada ringgit

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sektor korporat Malaysia memegang US$190 bilion (US$1=RM4.71) aset mudah tunai mata wang asing di luar negara, menunjukkan kedudukan pelaburan antarabangsa negara yang kukuh, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.

Beliau berkata sektor korporat terdiri daripada institusi kewangan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, dan syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai pelaburan di luar negara dan menjana pendapatan daripada pelaburan asing mereka.

“Kami tidak meminta mereka mencairkan aset, sebaliknya BNM menggalakkan mereka untuk membawa semula keuntungan yang direalisasikan dan menukarnya kepada ringgit,” katanya kepada pemberita di luar Simposium Sasana 2024 anjuran BNM hari ini.

Terdahulu, Marzunisham adalah antara ahli panel pada sesi bertemakan “Menghadapi Cabaran Global: Menampan Kerentanan Luaran.”

Semasa sesi berkenaan, beliau berkata Malaysia mengekalkan lebihan akaun semasa sejak lima tahun lepas, termasuk pegangan aset asing oleh institusi korporat dan kewangan.

“Mereka boleh memanfaatkannya (pegangan asing) untuk memenuhi obligasi kewangan mereka dan ini akan mengurangkan keperluan untuk ke bank pusat bagi mata wang asing,” kata Marzunisham.

Sesi berkenaan adalah tepat pada masanya dengan kecukupan rizab antarabangsa Malaysia, yang telah mendapat perhatian yang semakin meningkat oleh media dan kalangan penganalisis sejak beberapa tempoh kebelakangan ini, terutama dengan latar belakang pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Dengan memberikan tumpuan kepada rizab antarabangsa BNM, Marzunisham berkata rizab negara kekal berdaya tahan berikutan tahap hutang luaran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar yang mudah diurus.

“Satu pertiga daripada hutang luaran adalah dalam ringgit dan kita tidak terdedah dengan mata wang asing yang turun naik, dengan kurang daripada tiga peratus hutang kerajaan adalah dalam mata wang asing dan hampir 96 peratus hutang kerajaan adalah dalam ringgit,” kata Marzunisham.

Sementara itu, Ketua dan Pakar Ekonomi utama Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (Amro) Dr Runchana Ponsaparn berkata ekonomi ASEAN telah bersedia dari segi kewangan, terutama dalam rizab antarabangsa.

“Kita mempunyai hutang awam yang rendah dan pada masa sama, sistem perbankan kita telah membina penampan yang ketara dari segi modal dan mudah tunai.

“Walaupun berdepan Covid-19 atau ketegangan perdagangan antara AS dan China, Asean kekal berdaya tahan kerana kita mempunyai penampan, walaupun ia semakin berkurangan,” katanya dalam sesi berkenaan.

Simposium Sasana 2024 bertemakan “Pembaharuan Struktur: Menjadikannya Realiti kepada Malaysia” diadakan selama dua hari bermula hari ini sehingga esok. – 12 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related