[KEMAS KINI] Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Namun media hanya berada di luar mahkamah berikutan tidak dibenarkan masuk

9:06 AM MYT

 

PETALING JAYA – Kompleks Mahkamah di sini menjadi tumpuan termasuk pengamal media bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.

Namun, media hanya berada di luar mahkamah berikutan tidak dibenarkan masuk, sebaliknya hanya mereka yang mempunyai urusan saja boleh berbuat demikian.

Sekumpulan pengamal media dilihat berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya seawal pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini pendakwaan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan. – Gambar Alif Omar/Scoop, 12 Jun, 2024

Kompleks itu dikawal ketat pihak berkuasa sejak ketibaan orang ramai dan pengamal media pada jam 7.30 pagi.

Pada 31 Mei lalu, polis menahan pasangan suami isteri yang juga ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf dan ditahan reman selama enam hari sehingga 1 Jun lalu.

Namun pada 7 Jun, polis telah mendapatkan perintah melanjutkan reman sehingga esok.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ini berkata, tempoh reman ibu bapa Zayn itu dilanjutkan kerana terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan pasangan suami isteri itu.

Ismanira dalam pada itu turut dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan di Apartment Idaman di Damansara Damai, pada Isnin, untuk melakonkan semula kejadian yang membawa kepada kehilangan dan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan tahun lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya pada 6 Disember tahun lalu.

Walaupun pemeriksaan meluas ke atas penduduk di blok lain dan ujian DNA dilakukan, polis gagal menahan sesiapa sehingga penangkapan ibu bapa kanak-kanak itu.

Sementara itu, difahamkan, ibu kanak-kanak terbabit, Ismanira dibawa ke mahkamah sekitar jam 10.30 pagi, manakala beberapa individu dipercayai keluarga Ismanira dilihat masuk ke lobi mahkamah kira-kira jam 10.55 pagi.

Dalam pada itu, peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat memaklumkan mereka tidak boleh memberi sebarang komen sehingga prosiding secara tertutup di hadapan majistret hari ini selesai.

Fahmi dan Mahmud dilihat tiba ke mahkamah sekitar jam 11.15 pagi tadi.

Fahmi turut membertahu media bahawa beliau tidak boleh memberi apa-apa maklumat buat masa ini.

“Saya tidak boleh komen apa-apa lagi sehingga prosiding hari ini selesai.

“Saya dimaklumkan pada jam 9 pagi tadi bahawa anak guam saya sudah dibawa ke mahkamah ini,” katanya.

Mahmud mewakili Ismanira manakala Fahmi difahamkan mewakili ibu dan bapa kepada kanak-kanak berkenaan. – 12 Jun, 2024

Topics

Hangat

Shahril Mokhtar quits FAM, citing reasons only he and Hamidin know

FAM executive committee member said decision is unconnected to Selangor Sultan’s decree today against the footballing body

[UPDATED] UiTM remains Bumiputera-exclusive, UM offers cardiothoracic surgery course: Zambry

MoHE solves shortage of postgraduates in cardiothoracic field by calling universities to emulate UM’s initiatives, only UiTM offers course currently

No-show husband, no legal rep: how difficult is divorce for Muslim women?

Allow judges to issue arrest warrants for men refusing to attend trial, improve accessibility to lawyers, suggest shariah experts

Related