Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

Jemaah berkenan yang berusia 37 tahun meninggal dunia disebabkan pendarahan otak sebelah kanan selepas enam hari mendapatkan rawatan

6:19 PM MYT

 

MAKKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak lima orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah berkenaan Zuraida Mohd Haris, 37, dari Ampang, Selangor meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz, Makkah pada 8.15 malam.

“Allahyarham meninggal dunia disebabkan pendarahan otak sebelah kanan selepas enam hari mendapatkan rawatan.

“Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan selepas subuh, 5.07 pagi tadi di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia di sini akibat saluran darah utama pecah, serangan jantung, kegagalan fungsi organ dan pendarahan otak.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci dan TH akan melaksanakan badal haji untuk semua jemaah yang terlibat dengan kos ditanggung melalui Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata sebanyak 56 jemaah haji Malaysia sedang menerima rawatan dengan 13 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, manakala 43 orang di Pusat Rawatan TH Makkah.

“Jemaah yang dimasukkan ke Pusat Rawatan TH dan Hospital Arab Saudi disebabkan oleh masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman pada paru-paru dan lain-lain penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, gangguan emosi (psikiatri) dan sakit otot serta sendi.

“Insya-Allah, Tabung Haji akan merawat pesakit-pesakit ini dengan baik bagi memastikan jemaah haji berada dalam keadaan yang stabil dan kembali pulih,” katanya.

Pada masa yang sama, berbaki empat hari lagi menjelang hari wukuf, beliau mengingatkan jemaah haji agar terus menjaga kesihatan dan tidak terdedah terlalu lama dengan suhu panas di Tanah Suci ketika ini.

“Kita sudah menjangkakan cuaca sepanjang musim haji adalah panas antara 30 hingga 45 darjah Celcius. Oleh itu, jangan terdedah terlalu lama kepada cuaca yang panas. Minum air dengan banyak supaya tidak berlaku strok haba,” katanya.

Mohd Na’im turut mengingatkan kepada jemaah haji supaya mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh petugas Tabung Haji. – 11 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Shahril Mokhtar quits FAM, citing reasons only he and Hamidin know

FAM executive committee member said decision is unconnected to Selangor Sultan’s decree today against the footballing body

[UPDATED] UiTM remains Bumiputera-exclusive, UM offers cardiothoracic surgery course: Zambry

MoHE solves shortage of postgraduates in cardiothoracic field by calling universities to emulate UM’s initiatives, only UiTM offers course currently

Related