Jangan buat spekulasi kaitkan ‘istana’, motif serangan 3 pemain bola sepak masih disiasat: Razarudin

Razarudin turut berharap orang ramai mempunyai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut agar tampil menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya

8:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi termasuk mengaitkan kejadian serangan terhadap tiga pemain bola sepak negara dengan ‘istana’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, spekulasi yang timbul itu dikhuatiri boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

“Spekulasi ini tidak bagus kerana bila menyebut soal istana, ini benda yang tidak patut berlaku kerana motif sebenar masih belum diperolehi.

“Tetapi ada pihak membuat fitnah seolah berdasarkan siasatan dia, dapat dari mana pun kita tidak tahu.

“Sekiranya ada maklumat, tidak usah letak di media sosial, sepatutnya datang pada kita (polis),” katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2024, di sini, hari ini.

Sementara itu, Razarudin turut berharap orang ramai mempunyai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut agar tampil menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya.

“Tak perlukan apabila ada maklumat, pihak yang tidak bertanggungjawab ini masukkan hantaran dalam media sosial mereka kononnya dia tahu mengenai motif kejadian tapi sebenarnya itu adalah satu bentuk fitnah dan dakwaan tidak benar.

“Ingin saya tegaskan kepada orang ramai yang sering berkongsi maklumat tidak benar dikeluarkan oleh atas nama telegram Edisi Siasat, Mohamad Irwan Suresh yang mengaitkan dengan istana bahawa belum tentu apa yang dimuat naik di media sosial itu adalah benar.

“Kebanyakannya adalah untuk mensensasikan sesuatu isu dan kes yang tidak benar dan berbentuk fitnah. Ini terbukti apabila kita (polis) panggil mereka untuk tampil membantu siasatan mereka tidak menghadirkan diri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai siasatan membabitkan kes Faisal, Razarudin berkata, setakat ini hanya dua tangkapan dilakukan dan tiada tangkapan ketiga.

“Tumpuan kita kini adalah mengumpul maklumat, merakam percakapan saksi dan mencari motif siasatan terhadap ketiga-tiga kejadian yang berlaku.

“Saya juga menyarankan kepada semua pemain bola sepak negara yang menerima sebarang ancaman terhadap keselamatan mereka serta mengetahui mengenai sebarang maklumat supaya segera memaklumkan pihak polis,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Ahad lalu, Faisal cedera selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Susulan itu, polis berjaya memberkas dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada Ahad serta Isnin lalu. – 9 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related