PRK KKB: Tohmahan GPS tak bantu kempen calon PH hanya helah politik

Sebelum ini PN mempersoal ketidakhadiran pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, termasuk wakil GPS membantu siri kempen calon PH pada PRK Kuala Kubu Baharu

1:47 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Tohmahan pembangkang kononnya tiada pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu hanya helah politik demi meraih sokongan pengundi.

Naib Ketua Wanita I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sokongan GPS terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao diterjemahkan menerusi kehadiran beberapa wakil gabungan itu yang menyantuni masyarakat di Kuala Kubu Baharu.

Malah beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir ‘turun padang’ antara lain bertujuan membantu kempen calon berkenaan.

“Saya ada di sini (Kuala Kubu Bharu) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta wakil GPS lain masing-masing mempunyai cara tersendiri (untuk berkempen bagi pihak Sock Tao) pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“GPS jarang bercakap politik dan kehadiran kami menunjukkan sokongan padu kepada Kerajaan Persekutuan.

“Itu (tohmahan dan serangan) biasalah dalam politik dan kita perlu bijak. Tak payah saya nak bergaduh dengan Perikatan Nasional (PN) dalam hal ini,” katanya pada sidang media Majlis Ramah Mesra bersama Penerima Bantuan dan Kakitangan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini hari ini.

Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir di Kuala Kubu Baharu untuk majlis Ramah Mesra bersama Penerima Bantuan dan Kakitangan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini. – Azim Rahman/Scoop, 9 Mei, 2024

Sebelum ini PN mempersoal ketidakhadiran pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, termasuk wakil GPS membantu siri kempen calon PH pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Gabungan itu turut mempersoalkan kesediaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri membantu kempen Sock Tao, selepas dikatakan tidak menghadiri mana-mana program anjuran Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu Nancy berkata, GPS sentiasa membantu keperluan calon PH termasuk parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan yang lain.

“Kita memang pastikan GPS perlu ada bersama di sini dan insya-Allah kita akan sentiasa bersama. Kita juga mahu rakyat menghargai setiap tindakan dilakukan kerajaan untuk mereka,” katanya. – 9 Mei,

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related