97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab di PRK Kuala Kubu Baharu: SPR

Proses pengundian awal ini hanya melibatkan dua Pusat Mengundi iaitu di Dewan Serbaguna Maktab PDRM dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine

6:54 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU — Sebanyak 97 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses itu melibatkan seramai 769 orang pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.

“Peratus keluar mengundi bagi hari mengundi awal adalah sebanyak 97 peratus.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Proses pengundian awal ini hanya melibatkan dua Pusat Mengundi iaitu di Dewan Serbaguna Maktab PDRM dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine di sini yang bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Beliau turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan, pengamal media dan semua pihak atas kerjasama kepada SPR.

PRK Dun Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – 7 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Not boycotting Bersatu in Kuala Kubu Baharu, PAS busy with Raya event in Perlis: Tuan Ibrahim

KUALA KUBU BAHARU – PAS has denied allegations that the party is boycotting Perikatan Nasional’s (PN) candidate from Bersatu after its leaders were noticeably absent on the nomination day today. Speaking to Scoop,...

Piala Thomas: Tembok Besar China pernah dirobohkan 22 tahun lalu, tidak mustahil boleh tumbang lagi

Beliau mula bercerita tentang kejadian pelik yang sering terjadi dalam perlawanan penting pada kejohanan besar. Pemain yang awalnya sihat dan ceria tiba-tiba boleh demam teruk bagaikan diserang 'demam kepialu'.

Related