PRK KKB: 73% pengundi awal mengundi setakat 11 pagi, ‘ia prestasi menggalakkan’

Pengundi awal PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan 863 orang

1:38 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Sebanyak 73% pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, setakat jam 11 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, keadaan itu menunjukkan prestasi menggalakkan.

“Alhamdulillah peratusan keluar mengundi agak baik, sejam pertama 24%, jam kedua 55%, jam ketiga 73%, satu prestasi yang begitu menggalakkan dan harap untuk undi awal ini dapat peratusan tinggi.

“Kita berpesan kepada semua yang berkempen, berkempenlah secara baik, sopan santun serta janganlah kita melanggar peraturan, terutama perkara 3R, hal peribadi dan sebagainya,” katanya kepada media di Maktab PDRM di sini, hari ini.

SPR melalui Facebook hari ini memaklumkan, seramai 863 pengundi awal dijangka memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu.

Abdul Ghani turut menyeru semua pengundi di Kuala Kubu Baharu menunaikan kewajipan mereka Sabtu ini.

Setakat pukul 11 pagi, 73% pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi. – Halim Salleh/Scoop, 7 Mei, 2024

“Ini juga lawatan terakhir saya di sini kerana akan menamatkan perkhidmatan pada 9 Mei (Khamis).

“Saya mengharapkan kepimpinan baharu dapat melaksanakan tugasan di SPR dengan baik, berkecuali, bebas dan kita dapat meneruskan demokrasi sebaiknya serta cemerlang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, SPR belum memanggil Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming untuk memberi keterangan mengenai siasatan berhubung aduan Perikatan Nasional (PN), membabitkan pengumuman peruntukan RM5.21 juta bulan lalu.

“(Nga Kor Ming) Belum dipanggil. Akan serahkan pada kepimpinan (SPR) akan datang,” katanya.

Pada 18 April lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Kor Ming, mengumumkan peruntukan RM5.21 juta membabitkan 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Kor Ming berkata, peruntukan untuk menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan MPHS berkenaan, diberikan sempena Program Sentuhan Kasih dilaksanakan kementeriannya.

Ujarnya, perkara itu bukan menjadi isu menyalahi peraturan pilihan raya berikutan pengumuman berkenaan, dibuat sebelum hari penamaan calon. – 7 Mei, 2024

Topics

Hangat

Specify crucial years for asset declaration: Mirzan, Mokhzani tell MACC

Tun Dr Mahathir Mohamad's sons, facing difficulties obtaining records spanning 43 years, say many documents impossible to obtain as they no longer exist

Speedy Tigers need performance/technical director to reach their peak after finishing fourth: Sarjit

National team fell 3-2 to New Zealand at today’s third-and-fourth place classification match

For sale: iconic Coliseum cinema, cafe, hotel lots on Jalan TAR on the market

Realtor Knight Frank Malaysia announces sale but has not disclosed amount

Related