Jika nak tahu pengurusan ekonomi kerajaan, pembangkang boleh ikut kuliah MoF: Anwar

Sesi kuliah itu boleh menghilangkan kebingungan pemimpin pembangkang mengenai perkara terbabit yang menyebabkan mereka mencerna kerajaan, sehingga membuatkan orang keliru

11:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican memberi ‘kuliah’ kepada pemimpin pembangkang mengenai pengurusan ekonomi kerajaan bagi memastikan mereka memahami dengan jelas pengendaliannya.

Perdana Menteri berkata, kuliah itu juga boleh menghilangkan ‘kebingungan’ pemimpin pembangkang berhubung perkara berkenaan, sekali gus menghentikan kata-kata tidak baik dilontarkan mereka dan kritikan terhadap pengurusan kewangan dilaksanakan kerajaan.

“Jadi jika dia nak tahu, ada sesi, biar Amir ke, dengan Johan, bagi kuliah sikit kepada beberapa pemimpin pembangkang mengenai ekonomi, bagaimana kita uruskan.

“Kalau tidak dia nanti bingung, bila dia bingung dia cerca di khalayak dan orang-orang keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MoF) Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.

Menurutnya, pemimpin pembangkang sepatutnya beringat sebelum mencerca keputusan dlaksanakan kerajaan untuk penjawat awam, antaranya membabitkan pengumuman kenaikan gaji, termasuk di Kuala Kubu Baharu, memandangkan ramai penduduk di situ adalah kakitangan sektor awam.

“Padahal kena ingat walaupun dia cerca kita (kerajaan) di Kuala Kubu Baharu, hampir setiap keluarga itu ada penjawat awam yang bertugas, kalau tidak anak dia, adik dia, tak adik dia anak saudara dia ataupun menantu dia ada penjawat awam,” katanya.

Anwar turut meminta pemimpin pembangkang tidak memperlekehkan usaha kerajaan dalam membuat pelarasan gaji penjawat awam untuk menaikannya kerana ia tidak mudah.

“Saya tahu sukar (membuat keputusan kenaikan gaji) dan saya menunggu berbulan-bulan begitu, mesyuarat berpuluh kali untuk pastikan saya yakin dan saya nak kalau kenaikan itu biarlah kenaikan bermakna.

“Boleh naik lima peratus, saudara-saudara pun happy (gembira), tapi saya fikirkan adakah fair (adil) atau tidak, mereka banding pemimpin-pemimpin, masa mereka memerintah potong elaun, suruh ikat perut, bila sekarang kita nak bagi dia marah lagi,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula Disember ini.

Khabar gembira berkenaan menyaksikannya sebagai kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, dengan membabitkan peruntukan dana lebih RM10 bilion. – 7 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related