Isu petisyen: Sock Tao tak terancam dengan kenyataan Takiyuddin

Calon kerajaan itu yakin kempen PH mengikut peruntukan undang-undang dan dijalankan secara berhemah

10:31 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao menegaskan, beliau tidak terganggu atau terancam dengan kenyataan Perikatan Nasional (PN) akan memfailkan petisyen pilihan raya, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Sock Tao berkata, sebaliknya beliau yakin kempennya setakat ini mengikut peruntukan undang-undang dan dijalankan secara berhemah.

“Kami tidak terancam dengan kenyataan beliau itu. Saya yakin kita mematuhi undang-undang sedia ada, saya tidak rasa terganggu atau terancam.

“Dia boleh cakap atau beri kenyataan sesuka hati, tapi dari segi pasukan kempen saya, memang mereka bertungkus-lumus, awal pagi sampai tengah malam, saya berterima kasih kepada mereka dan akan teruskan usaha sampai saat terakhir kempen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan pengundian awal di Maktab Polis di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi amaran bahawa gabungan itu, akan memfailkan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.

Takiyuddin mendakwa memiliki banyak bukti secara video dan catatan mengenai penyaluran serta penyalahgunaan jentera kerajaan yang disifatkan sebagai rasuah pilihan raya.

“Kalau sekiranya ditakdirkan PH menang, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya. Sudah tentu, kita ada binding precedent (duluan penghakiman) dalam kes (kerusi Parlimen) Kuala Terengganu, Kemaman itu sendiri, kita akan menggunakan perkara itu,” katanya.

Selain itu, Sock Tao berkata, setakat ini kempennya menumpukan kepada penyampaian mesej utama, iaitu bagaimana Kerajaan Perpaduan boleh membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan serta menjamin kesejahteraan.

“Kami juga akan giat menjalankan ceramah kelompok dan mega untuk menyampaikan mesej kepada penduduk serta pengundi setempat

“Saya juga dah rakam video dalam pelbagai bahasa, Melayu, Mandarin, Hokkien dan hakka bagi menyeru pengundi Kuala Kubu Baharu, termasuk yang berada di luar untuk mengundi pada 11 Mei ini,” katanya. – 7 Mei, 2024

Topics

Hangat

Specify crucial years for asset declaration: Mirzan, Mokhzani tell MACC

Tun Dr Mahathir Mohamad's sons, facing difficulties obtaining records spanning 43 years, say many documents impossible to obtain as they no longer exist

Speedy Tigers need performance/technical director to reach their peak after finishing fourth: Sarjit

National team fell 3-2 to New Zealand at today’s third-and-fourth place classification match

For sale: iconic Coliseum cinema, cafe, hotel lots on Jalan TAR on the market

Realtor Knight Frank Malaysia announces sale but has not disclosed amount

Related