Projek ECRL sudah capai kemajuan lebih 65%, kerja pembinaan masuki fasa baharu

Projek di Selangor telah mencatat kemajuan melebihi 26% setakat April lalu, sejajar dengan tarikh penyiapan jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pada Disember 2027

4:38 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencatatkan kemajuan melebihi 65% dengan kerja pembinaan sudah memasuki fasa baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, fasa baharu pembinaan semenjak tahun lalu itu melibatkan kerja-kerja infrastruktur merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pemasangan landasan, pembinaan stesen dan pembinaan depot kereta api.

“Di Selangor, projek ECRL telah mencatat kemajuan melebihi 26% setakat April lalu iaitu sejajar dengan tarikh penyiapan jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pada Disember 2027 dan pengoperasian bermula Januari 2028,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya ECRL di Batang Kali, hari ini.

Jelasnya, rangkaian ECRL di negeri Selangor yang hampir 120 kilometer (km), telah menetapkan sebanyak lima buah stesen, iaitu stesen Terminal Bersepadu Gombak, Kapar dan Jalan Kastam bagi tujuan penumpang sahaja manakala stesen Bandar Serendah dan Puncak Alam merupakan stesen gabungan penumpang dan kargo.

Kawasan Serendah, ujar Loke akan menjadi stesen utama bagi menghubungkan laluan Pelabuhan Klang dan pantai timur sekali gus mampu menjadikan kawasan berkenaan sebagai hab logistik yang penting.

“Jajaran ECRL yang melintasi Selangor dapat merancakkan sektor pelancongan, perhotelan dan perniagaan di Batang Kali, yang turut berpotensi dijadikan pusat pengangkutan kereta api bagi memacu industri berkenaan.

“Hasrat itu boleh dicapai dengan pembinaan ‘Pintasan Serendah’ ke Pelabuhan Klang yang merangkumi trek tolok standard untuk ECRL dan trek tolok meter untuk KTMB, sekali gus memperkukuhkan daya saing pengangkutan rel kargo serta sektor logistik dan pengendalian kargo setempat,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Karnival Kerjaya ECRL, Loke memberitahu pelatih Program Latihan Kemahiran Industri ECRL atau ‘PLKI-ECRL’ yang berjaya menamatkan latihan akan terus ditawarkan peluang pekerjaan di bawah Projek ECRL.

“Initiatif PLKI-ECRL dijangka melatih seramai 1,800 pelatih tempatan untuk turut serta dalam fasa pembinaan Projek ECRL serta 3,200 pelatih tempatan bagi fasa pengoperasian dan penyelenggaraannya kelak.

“Usaha ini adalah memastikan bilangan tenaga pekerja tempatan yang mencukupi untuk Projek ECRL pada masa terdekat dan akan meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka dalam sektor pembinaan dan industri rel di masa hadapan,’’ katanya. – 4 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related