Pegawai AS lawat Malaysia susulan dakwaan wujud aliran dana program dron Iran, menurut Reuters

Pegawai itu termasuk Setiausaha Perbendaharaan untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat, Brian Nelson serta Penasihat Am Perbendaharaan, Neil MacBride

10:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pegawai Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan lawatan ke Malaysia minggu depan, bagi menghentikan aliran dana ke Iran dan ‘proksinya’ dalam pengeluaran dron.

Menerusi laporan Reuters, pegawai itu termasuk Setiausaha Perbendaharaan untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat, Brian Nelson serta Penasihat Am Perbendaharaan, Neil MacBride.

Kedua-dua mereka juga dilaporkan akan mengadakan mesyuarat di Singapura.

Merujuk kepada sumber tidak disebut namanya, Reuters berkata, “terdapat peningkatan dalam aliran wang ke Iran dan kumpulan proksinya, termasuk Hamas melalui sistem kewangan Malaysia”.

Di Singapura, perbincangan akan didiadakan mengenai penguatkuasaan harga siling minyak Rusia, selain menghentikan penghantaran semula barangan yang mempunyai tujuan awam dan tentera.

AS berhasrat menghentikan pembiayaan untuk Iran serta ‘proksinya’ dan memberi tumpuan kepada aliran dana berkenaan melalui Asia Tenggara.

Dron Iran dikatakan dibekalkan kepada Rusia untuk digunakan dalam perangnya di Ukraine, selain untuk pemberontak Houthi dalam serangan terhadap kapal sebagai tindak balas kepada serangan Israel ke atas Gaza.

Pertengahan bulan lalu, Iran turut melancarkan serangan ratusan dron ke atas Israel, dengan kebanyakan daripadanya dipatahkan pasukan pertahanan Israel.

Disember lalu, Reuters melaporkan bahawa Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan ke atas empat syarikat berpangkalan di Malaysia yang dipercayai, mempunyai kaitan menyokong pengeluaran dron Iran.

Syarikat terbabit adalah di antara 10 entiti, selain daripada empat individu, yang dikenakan sekatan AS.

Menurut Reuters, selain Malaysia, syarikat berkenaan berpangkalan di Iran, Hong Kong dan Indonesia.

‘Rangkaian’ ini dikatakan memudahkan perolehan komponen untuk digunakan dalam program pembangunan dron Iran, seperti dinyatakan Jabatan Perbendaharaan AS. – 4 Mei 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Related