Wan Fayhsal terlalu naif, dia tidak faham beza ‘prinsip’ dan ‘manhaj’: Puad

Kerjasama dengan DAP sebenarnya menyaksikan Umno menjadi penyumbang kepada politik yang lebih terbuka

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa pemimpin Umno tidak berprinsip apabila sanggup melanggar sumpah ‘No Anwar, No DAP’ demi kuasa, menunjukkan beliau terlalu naif dan mentah dalam politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan dibuat Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu juga menunjukkan beliau tidak faham perbezaan antara ‘prinsip’ dengan ‘manhaj’ (kaedah) perjuangan.

“Dia (Wan Ahmad Fayhsal) mentah dalam liku pemikiran politik. Dia cuma melalui liku-liku pertukaran kerajaan. Masuk politik dengan mudah. Masuk terus jadi YB.

“Umno tidak pernah tukar prinsip perjuangan. Tukar kaedah, uslub dan manhaj memang dibolehkan. Ia ikut keadaan masa tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, Umno pernah berkawan dengan Gerakan yang diawal penubuhannya parti itu dicop cauvinis.

Malah, katanya, Umno pernah berkawan dengan PAS yang ketika itu isu mengkafirkan lawan panas.

Puad berkata, No Anwar, No DAP adalah manhaj sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Di PRU-15, BN (Barisan Nasional) – PH (Pakatan Harapan) berlawan, tetapi selepas PRU-15 manhaj (kaedah) berubah.

“Ada keperluan mendesak. Kerajaan perlu dibentuk. Ia titah Yang di-Pertuan Agong. Umno setuju. Bersatu dan PAS saja engkar kerana bodoh sombong,” katanya.

Pada masa sama, Puad berkata, kerjasama dengan DAP sebenarnya menyaksikan Umno menjadi penyumbang kepada politik yang lebih terbuka.

“BN tidak menyertai PH. Sedangkan Bersatu dan PAS lebih awal bersekongkol dengan DAP. Hatta mereka bergabung dalam PH dan Pakatan Rakyat.

“Umno tetap menjaga prinsip bila bekerjasama. Umno tidak dicucuk hidung dalam isu kalimah Allah. PH yang bisu. Umno mewakili suara orang Melayu dalam kerajaan,” katanya.

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal memuat naik dua tajuk artikel, masing-masing mengenai kenyataan Puad dan seorang lagi Ahli MKT Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Artikel memaparkan wajah Puad itu tertera tajuk yang dilapor dikeluarkannya, iaitu ‘Pada Umno, No DAP, No Anwar sudah tidak relevan – Puad’.

Manakala, artikel Ahmad menggunakan tajuk ‘Zahid lafaz sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” No Anwar No DAP’.

Artikel dibuat Puad itu dikatakan dikeluarkan sebelum kenyataan daripada Ahmad. – 4 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related