Kenaikan gaji penjawat awam bukan ‘gula-gula’ PRK KKB: Anwar

Perdana Menteri menegaskan keputusan itu telah lama dirancang sebelum kematian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu

2:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan pembangkang yang mendakwa kenaikan gaji penjawat awam ibarat ‘gula-gula’ kerajaan menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK KKB) pada 11 Mei ini.

Sebaliknya, Anwar menegaskan keputusan itu telah lama dirancang sebelum kematian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

“Kita tak boleh menghalang kenyataan hambar (daripada pembangkang).

“(Kenaikan gaji penjawat awam) tiada kena mengena dengan KKB (PRK KKB).

“Sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu meninggal dunia (keputusan sudah dibuat),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Anwar turut memberi jaminan kenaikan gaji penjawat awam akan diluluskan di Parlimen pada pembentangan Belanjawan 2025, Oktober ini.

Anwar berkata, semua parti komponen dalam Kerajaan Madani memberi sokongan penuh terhadap kenaikan terbabit supaya ia dapat dilaksanakan pada 1 Disember ini.

“Penjawat awam umumnya sambut dengan baik tetapi kita tak boleh halang beberapa kenyataan yang hambar, ada kata ini pengumuman Anwar untuk laksana 1 Disember, mana tahu kalau Parlimen tak luluskan.

“Saya nak tahu siapa, Ahli Parlimen mana yang nak bantah kenaikan ini, kalau betul dia bantah, kita humban dia dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Terdahulu Anwar menyempurnakan majlis penyerahan Dokumen Terma Rujukan rakan strategik Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) kepada enam kementerian termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara kementerian terlibat adalah KDN; Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Turut terlibat, Kementerian Kesihatan; Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Dokumen Terma Rujukan merupakan manifestasi keputusan Perdana Menteri dan jemaah menteri pada 17 April lalu yang bersetuju pengoperasian MCBA dilaksanakan secara pentadbiran dengan mengguna pakai akta sedia ada jabatan dan agensi bagi kawalan dan perlindungan sempadan negara.

Semalam, Anwar mengumumkan gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih 13% bermula Disember ini.

Ia merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. – 2 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related