Kenyataan Erma Fatima ‘halau’ Sarah Yasmine keterlaluan: Aktivis politik PKR

Menurut Yuslaini Azmi, jika difikirkan secara tuntas, industri seni hanya akan berkembang jika artis Nusantara menyokong antara satu sama lain

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis politik PKR, Yuslaini Azmi menemplak kenyataan sombong pengarah dan penerbit, Erma Fatima ‘menghalau’ individu mendakwa dirinya kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine pulang ke negaranya kerana menghuru-harakan industri hiburan di Malaysia.

Menurut Yuslaini, kenyataan itu agak keterlaluan kerana terdapat artis dari Singapura datang mencari rezeki di negara ini.

Malah katanya, jika difikirkan secara tuntas, industri seni hanya akan berkembang jika artis Nusantara menyokong antara satu sama lain.

“Saya faham segelintir artis yang tidak senang dengan pendedahan Sarah Yasmine mungkin muak dengan cerita murahan sebegini.

“Namun itu boleh dihentikan sekiranya orang dalam industri itu sendiri berhenti mengambil pelakon bermasalah supaya tiada ‘Sarah Yasmine’ kedua yang melondehkan individu bermasalah dalam dunia seni hiburan.

“Isu Aliff ini bukan pertama kali dalam sejarah industri negara. Nama dan kemunculan Sarah Yasmine sedikit sebanyak membantu isteri yang sedang dibuli secara emosi dan psikologi ketika ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Yuslaini, pendedahan yang dilakukan Sarah Yasmine (gambar) juga tidak menyalahi undang-undang negara melainkan telefon digodam secara tidak sah tanpa kebenaran pemilik telefon sebenar – Gambar media sosial, 30 April, 2024

Mengulas mengenai kenyataan Erma yang mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) campur tangan dalam isu itu, Yuslaini berkata, suruhanjaya itu tiada kuasa untuk menghalang mana-mana individu memuat naik sesuatu dalam media sosial peribadi masing-masing.

Namun katanya, MCMC hanya boleh bertindak sekiranya kandungan tersebut berbentuk fitnah.

“Kedua, mereka harus jelas adakah cerita yang dikongsi Sarah Yasmine berbentuk fitnah atau realiti sebenar?

“Jika fitnah, mereka yang terlibat boleh membuat saman sivil. Jika tidak saya fikir tiada apa-apa boleh dilakukan pihak kementerian berkenaan.

“Malah pendedahan yang dilakukan Sarah Yasmine juga tidak menyalahi undang-undang negara melainkan telefon digodam secara tidak sah tanpa kebenaran pemilik telefon sebenar,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya artis terlibat ingin membuat laporan polis, mereka juga harus sedar tindakan itu hanya memakan diri kerana terdapat akta dalam undang-undang orang ketiga dalam rumah tangga seseorang yang boleh dikenakan tindakan.

“Dalam hal ini sebenarnya, Bella Astillah boleh membuat laporan mengikut Seksyen 36, 37 dan 38, Akta 559 atau Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

“Manakala artis yang terlibat dalam kontroversi seperti Ruhainies dan Sophia Albarakbah berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan kerana perbualan chat juga dikira bukti dalam Mahkamah Syariah,” katanya.

Dalam pada itu, Yuslaini berkata, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) harus memainkan peranan menyenarai hitam artis bermasalah susulan kontroversi membabitkan Aliff Aziz dan beberapa pelakon wanita yang dikaitkan dengannya.

Yuslaini turut berkata, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) harus memainkan peranan menyenarai hitam artis bermasalah susulan kontroversi membabitkan Aliff Aziz (gambar, bersama Bella Astillah) dan beberapa pelakon wanita yang dikaitkan dengannya – Gambar Instagram, 30 April, 2024

“Saya fikir peranan Seniman sekarang adalah menyenarai hitam artis-artis bermasalah supaya menjadi pengajaran kepada artis lain dan tidak menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

“Jika ini pun gagal difikirkan saya fikir kita ada masalah dalam menentukan apa yang haq dan batil,” katanya.

Semalam, Erma menggesa Sarah Yasmine menghentikan perbuatan membuka aib beberapa selebriti tempatan, sebaliknya, menyelesaikan kemelut yang disifatkan memalukan industri seni itu bersama Aliff.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Erma juga menggesa individu yang terkait dalam pendedahan dibuat wanita dipercayai berasal Singapura itu membuat laporan polis, demi menjaga reputasi mereka daripada terus tercalar.

“Seorang perempuan kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara, masuk ke dalam negara aku kemudian buat kenduri ‘selak kain’ artis Malaysia tetapi semua meraikan.

“Media sosial dan pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri. Balik dan selesaikan di sana (Singapura).

“Ruhainies dan Sophia Albarakbah tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau pun tidak.

“Berhenti angkat dia dan raikan ‘kenduri’ orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang,” katanya. – 30 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related