Sock Tao tak terkesan kena ‘serang’, fokus bantu rakyat KKB

Sock Tao menegaskan pihak lawan seharusnya mengamalkan politik matang, berkempen dengan berhemah malah beliau sendiri tidak mahu mengulas isu peribadi orang lain

12:10 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao mengakui hatinya tidak terganggu dengan serangan peribadi secara berterusan daripada pihak lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Malah katanya, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertahan dalam arena politik.

“Hati saya tidak diganggu oleh serangan politik sebab saya rasa sebagai anak muda untuk berkempen… bertanding, saya ingin bawa politik baru dimana kita kena fokus apa yang ingin ditawarkan kepada penduduk di sini.

“Saya kena fokus dan tidak boleh lari dari fokus, sebab bagi saya itu (serangan peribadi) tidak relevan kepada rakyat Kuala Kubu Baharu. Ini kerana rakyat setempat nak orang yang boleh bantu dan berkhidmat (untuk mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan walkabout di sekitar Pekan KKB bersama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di sini, hari ini.

Selain itu, Sock Tao menegaskan pihak lawan seharusnya mengamalkan politik matang, berkempen dengan berhemah malah beliau sendiri tidak mahu mengulas isu peribadi orang lain.

Sementara itu memasuki hari keempat berkempen, beliau berkata, fokusnya mahu mendekati seramai mungkin pengundi terutamanya di kawasan pasar dan premis perniagaan.

“Kita akan cuba mendekati seramai mungkin (pengundi). Mengenai soalan saya calon baru atau orang luar, saya nak tegaskan di sini di mana ada kemahuan, di mana ada keperluan, saya akan kerja sekeras-kerasnya.

“Saya juga akan tinggal disini bersama rakyat untuk memberi perkhidmatan terbaik. Bagi saya kebajikan rakyat itu sentiasa dekat di hati saya.

“Jika saya diberi peluang, saya ingin gunakan peruntukan sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk menjamin kesejahteraan rakyat, menjaga golongan terpinggir khususnya anak muda, wanita dan orang tua. Itu amat dekat di hati saya,” katanya. – 30 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related