PRK KKB: Saya bukan proksi parti politik, bertanding guna wang simpanan sendiri

Beliau juga tidak pernah menyertai mana-mana parti politik dan pertama kali bertanding PRK sebagai calon Bebas

3:03 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Bebas, Nyau Ke Xin menafikan beliau proksi kepada mana-mana parti malah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan menggunakan wang simpanan sendiri.

Bercakap kepada Scoop, Ke Xin, 27, atau lebih mesra dipanggil Eris berkata, beliau juga tidak pernah menyertai mana-mana parti politik dan pertama kali bertanding PRK sebagai calon Bebas.

Anak jati Sabak Bernam, Selangor itu berkata, keputusannya menyertai PRK di sini juga atas dorongan keluarga dan rakan-rakan.

“Saya masuk bertanding PRK guna duit simpanan saya, bukan ditaja mana-mana pihak.

“Malah saya bukan ahli mana-mana parti politik, tidak pernah sertai pun. Saya juga tidak condong ke mana-mana parti, lebih selesa sebagai wakil bebas,” katanya hari ini.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari International University of Malaya-Wales (IUMW), Ke Xin berkata, beliau menyedari cabaran besar sebagai calon Bebas.

“Saya sedar bukan senang untuk calon Bebas dan juga masih baharu untuk meraih undi yang banyak apatah lagi memasang impian untum menang di sini.

“Ini cabaran besar untuk saya, tapi akan cuba buat yang terbaik dan termampu kerana apa sahaja boleh berlaku dalam pilihan raya,” katanya.

Ditanya tumpuannya di KKB, beliau yang masih bujang memaklumkan mahu membangunkan generasi muda menerusi peningkatan pembelajaran dan mencerna bakat sukan.

“Tumpuan kepada aktiviti sukan dan kesihatan di sini yang mempunyai banyak lokasi, mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan dan muzik,” katanya.

Ke Xin berkata, beliau juga mahu menggunakan platform PRK kali ini untuk menyampaikan suara dan keluh-kesah rakyat dalam soal kos sara hidup.

“Ekonomi masih tidak stabil, harga barang meningkat dan kos kehidupan rakyat meningkat.

“Jadi ini akan jadi elemen saya dalam kempen bertemu pengundi di sini. Saya harap mereka yakin dan memberi kepercayaan kepada saya,” katanya yang turut memaklumkan akan mengeluarkan manifesto dalam masa terdekat.

PRK KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan satu calon Bebas. – 29 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related