Rampasan empat kereta mewah Bugatti Veyron dikaitkan 1MDB: Polis belum dapat maklumat lanjut

Mengikut laporan media Bild, belum diketahui siapa pemilik kereta mewah edisi khas itu

8:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum mendapat sebarang maklumat mengenai rampasan empat kereta mewah Bugatti Veyron oleh polis Jerman di sebuah gudang di Munich, minggu ini.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga belum dimaklumkan mengenai perkara itu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kita tak dapat maklumat lagi tentang skandal corruption (rasuah) itu,.mungkin SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Mengikut laporan media Bild, belum diketahui siapa pemilik kereta mewah edisi khas itu.

Empat kereta mewah itu merupakan edisi khas dikenali Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini.

Menurut laporan kereta mewah berkenaan dirampas dan disita Bahagian Siasatan Jenayah yang bertanggungjawab dalam siasatan jenayah kolar putih.

Setiap kenderaan itu bernilai AS$3 juta (kira-kira RM14.30 juta) dan kebiasaannya tidak dijual secara umum.

Bild menyebut, kenderaan itu dirampas bagi siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Pada 28 Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Pada Februari lalu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Namun sekiranya denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah setahun dengan tarikh pembebasan beliau dijadualkan pada 23 Ogos 2029. – 27 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related