PRK Kuala Kubu Baharu: Tanpa bantuan MCA, kempen Kerajaan Perpaduan tak terjejas

Ketiadaan jentera MCA tidak mengganggu kerana hubungan PH dan BN kukuh

3:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Keengganan MCA untuk membantu kempen calon DAP tidak akan mengganggu kesiapsiagaan jentera Kerajaan Perpaduan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, membantu calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao menjadi fokus seluruh jentera parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“(Jentera MCA tiada) tidak mengganggu. Hubungan antara PH dan BN itu kukuh.

“BN pun dah maklum mereka akan bantu. Jadi yang penting di lapangan kita kekal fokus. Kita ada calon yang bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

MCA kekal dengan pendirian untuk tidak membantu DAP sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu selepas pengumuman calon DAP akan mewakili Kerajaan Perpaduan.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Wanita MCA, Wong You Fong berkata, ia adalah keputusan secara konsensus kepemimpinan MCA demi prinsip dan maruah parti.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, tumpuan yang lebih penting adalah memastikan warga Kuala Kubu Baharu memahami calon yang kita ketengahkan adalah seorang calon berwibawa, muda dan wanita yang berdedikasi.

“Kita mahu fokus kepada calon yang sangat bagus ini. Apa yang dia boleh bawa kepada penduduk Kuala Kubu Baharu.

“Pengalaman beliau sudah pasti dapat membantu dalam usaha membangunkan kawasan ini. Ini jadi fokus seluruh jentera dan kita akan bersatu padu,” katanya.

Semalam Sock Tao yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diumum sebagai calon DAP mewakili Kerajaan Perpaduan bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Wanita berusia 31 tahun berasal dari Ampang, Selangor itu juga pernah bertugas sebagai penolong penerbit untuk Ubah TV, saluran video milik DAP. – 25 April, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related