Suspek lepaskan tembakan di KLIA berdepan pertuduhan di Sepang hari ini

Hafizul sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan

9:11 AM MYT

 

SEPANG — Selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan semalam, suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, dibawa pula ke Mahkamah Sepang dekat sini, hari ini.

Hafizul Harawi, 38, tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada jam 8.15 pagi dan dikawal ketat polis.

Difahamkan suspek terbabit bakal berdepan dua pertuduhan.

Semalam, Hafizul didakwa atas tujuh pertuduhan di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan dan memohon dibicarakan.

Dia membuat pengakuan berkenaan selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol Glock 19 Austria, Made in Turkey yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Pertuduhan kedua menyatakan, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 AUTO tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta sama yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga keping kad pengenalan milik tiga individu lain yang menjadi kesalahan per 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Dalam pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa memandu kereta jenis Honda Civic warna putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dihukum di bawah akta sama, dengan kesalahan itu boleh didenda tidak kurang RM5,000 sehingga RM20,000 atau penjara satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua duanya sekali.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dilakukan dalam sebuah kereta Jenis Honda Civic di pekarangan sebuah pusat perubatan swasta di Kota Bharu pada jam 2 petang, 15 April 2024.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, malah dia mempunyai kes lain di Selangor.

Namun, bagi tiga pertuduhan iaitu memiliki kad pengenalan individu lain serta nombor pendaftaran palsu, tertuduh dibenarkan diikat jamin dengan masing-masing dikenakan RM10,000.

Dia ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan mahkamah menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan Hafizul.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya itu tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 25 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related