Ahli perniagaan jadi ‘taruhan’ Parti Orang Asli Malaysia pada PRK KKB

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Orang Asli Malaysia (Asli) memaklumkan akan meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini bagi menyaingi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Scoop, Presiden Asli, Rashid Ka’ berkata, parti itu akan mempertaruhkan seorang ahli perniagaan berusia 30-an yang juga anak jati Orang Asli Selangor.

“Ini penampilan sulung Asli dalam pilihan raya yang mana kita akan meletakkan calon untuk menentang calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita akan umum calon Jumaat ini, sekarang ini sedang siapkan segala keperluan untuk penamaan calon nanti,” katanya hari ini.

Beliau berkata, keputusan Asli bertanding di PRK berkenaan untuk memberi alternatif kepada pengundi membuat pilihan memilih wakil rakyat.

“Kita mahu mencabar parti lebih besar seperti PH dan PN dan tampilkan calon bukan daripada kaum majoriti.

“Menang atau kalah itu adat pertandingan, malah nak kata peluang besar itu tidaklah, tapi kita mahu mencuba.

“Malah keadaan suasana politik juga sudah berubah, bukan macam dulu. Tak semestinya calon daripada kaum majoriti dijamin menang besar dalam pilihan raya,” katanya.

Tambah beliau, tidak mustahil Asli boleh membuat kejutan pada PRK terbabit biarpun jumlah penduduk Orang Asli tidak sampai 10% di Kuala Kubu Baharu.

“Dalam pilihan raya apa-apa pun boleh jadi, jadi kita akan cuba beri pilihan kepada pegundi di sana,” katanya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu.

Hari mengundi ditetapkan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon jatuh pada 27 April dan pengundian awal pada 7 Mei. – 24 April, 2024

Topics

Hangat

Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Isteri mangsa yang berada di tepi sungai menarik suaminya ke darat dan memberi bantuan CPR tapi mangsa tidak memberi respons, dia juga menarik dua anaknya selepas mereka timbul, namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Unmasking the quiet Israeli diner who tipped well

Alleged Israeli hitman Shalom Avitan spent days dining at KL's Luce Osteria before his arrest on March 27

Tragic history: Sg Balak remains grim scene of past drownings

Popular spot for picnics, river swims claimed lives in 2021, 2022 due to swirling pools, strong currents

Related