Bakar anak kucing hidup-hidup, tiga lelaki diburu polis

Anak kucing berusia enam minggu itu dilaporkan mengalami kecederaan ‘kebakaran tahap dua’ dan agak kritikal

8:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan tiga lelaki yang bertindak kejam membakar seekor anak kucing di kawasan parkir motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, ia susulan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 63 tahun pada jam 10.51 pagi semalam berhubung kejadian terbabit.

“Pengadu mendapat tahu kejadian ini daripada seorang saksi, iaitu penduduk di flat berkenaan yang ternampak seekor anak kucing sedang terbakar serta segera mencurah air dan memadamkannya.

“Saksi kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada pengadu dan pengadu cuba mencari anak kucing itu di sekitar flat, sebelum menjumpainya dalam keadaan lemah serta segera menghantar ia ke klinik veterinar swasta di Ampang,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, kejadian itu berlaku pada 22 April kira-kira jam 1 tengah hari.

“Tiga suspek sedang melepak di tapak parkir berkenaan, dengan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing itu.

“Manakala seorang daripada mereka menyalakan api dan ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing terbabit berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya.

Zaid berkata, anak kucing itu kini ditempatkan di klinik veterinar swasta di Ampang dan mengalami kecederaan kebakaran tahap dua.

“Anak kucing terbabit dianggarkan berusia enam minggu dan berat 300 gram. Keadaan anak kucing itu agak kritikal dan perlu diletakkan di bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya satu minggu.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang pun mengenal pasti suspek dan kini sedang giat mengesan mereka berkenaan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dipenjara dalam tempoh hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan menerusi talian 017-4333795,” katanya. – 24 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Mufti slams calls for ‘overboard’ boycott of non-Muslim businesses after ‘Allah’-printed socks debacle

Calls for non-Muslim businesses to be boycotted in the aftermath of the fiasco surrounding convenience store chain KK Mart’s sale of socks printed with the word “Allah” is “overboard and against Islamic teachings”. 

Related