Jom Jalan with NPC: Acara jalan kaki yang menjanjikan kecergasan, persahabatan dan keseronokan

Dijadualkan pada 2 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, acara ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan semua

9:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sama ada anda seorang peserta berpengalaman atau sekadar beriadah bersama insan tersayang, acara walkaton anjuran National Press Club (NPC) bakal menjanjikan kemeriahan, gelak ketawa dan kecergasan.

Dijadualkan pada 2 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, acara ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan semua.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata kelab berharap acara tersebut akan menyatukan seluruh rakyat Malaysia menerusi acara jalan kaki.

“Berjalan bersama-sama akan mewujudkan kemesraan antara peserta, dan ia sesuatu yang menyihatkan, aktiviti yang dapat mengawal stres.

“Sertai kami untuk ‘Jom Jalan with NPC’ menjalin persahabatan dan merakamkan kenangan.

“Kita ada kategori kompetitif kerana kita ingin membantu FTKLAA mencungkil bakat baharu memandangkan tidak banyak pertandingan jalan kaki diadakan di negara ini,’’ katanya.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata kelab berharap acara tersebut akan menyatukan seluruh rakyat Malaysia menerusi acara jalan kaki. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 23 April, 2024

Ada dua kategori utama: jalan kaki 10 kilometer (km) dan 5km Fun Walk.

Jalan kaki 10km mempunyai empat sub kategori: terbuka lelaki, terbuka wanita, remaja lelaki dan perempuan (berusia 13-17 tahun).

Fun Walk, dalam pada itu terbuka kepada semua peringkat usia.

Dianjurkan bersama Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA), acara ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat baharu, terutama dalam kalangan pejalan kaki.

Setiausaha FTKLAA, S. Murugesu berkata Malaysia mempunyai sejarah menghasilkan juara jalan kaki, yang memenangi acara 50km jalan kaki pada Sukan Komanwel 1998.

V. Subramaniam menang enam pingat emas Sukan SEA dan lima pingat perak dalam acara jalan kaki 10km dan 20km antara 1977 dan 1989.

“Beliau adalah naib juara dalam acara jalan kaki 20km lelaki pada Sukan Asia di Bangkok 1978, satu kejayaan yang menyaksikan beliau memenangi Anugerah Sukan Negara pada tahun yang sama.

“Annastasia Karen Raj dan Yuan Yufang juga menang pingat pada Sukan SEA. Mereka juga bertanding pada Olimpik.

“Bagaimanapun, sejak beberapa tahun ini kita kekurangan juara jalan kaki dan diharapkan ‘Jom Jalan with NPC’ akan menjadi acara tahunan bagi mencari jaguh pada masa depan,’’ katanya.

Mereka yang berminat menyertai ‘Jom Jalan with NPC 2024’ boleh mendaftar di raceroster.com/events/2024/87634/jom-jalan-with-npc-2024 atau v2.checkpointspot.asia/event/npc-walk-2024

Bagi pihak yang ingin menaja atau menjadi sebahagian daripada ‘Jom Jalan with NPC 2024’, boleh hubungi pengurus kelab, Steven Foo di 019-2458073. – 23 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Man gets 6 months’ jail, RM12,000 fine for offensive Facebook post on ‘Allah’-printed socks

The second man charged with an offensive Facebook post over the “Allah”-printed socks issue was today sentenced to six months’ jail and fined RM12,000 by the sessions court here.

Related