‘Sembang banyak, siap tak banyak’ Fahmi saran MB Kedah, Sanusi jangan sibuk urusan negeri lain

Fahmi turut membandingkan Sanusi dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang disifatkan mempunyai pendekatan yang berbeza

7:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya fokus kepada pentadbiran sendiri, bukan menyibuk dengan urusan negeri lain.

Saranan berkenaan diberikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang turut meminta Sanusi mendiamkan diri dan menyelesaikan projek-projek yang diumumkan di negeri Kedah.

Fahmi turut membandingkan Sanusi dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang disifatkan mempunyai pendekatan yang berbeza.

“Daripada sibukkan negeri lain, lebih baik dia siapkan pelbagai projek yang dia umum di Kedah.

“Dia ni sembang banyak, siap tak banyak. Beza dengan negeri selangor, umum (projek), kita lunaskan,’’ katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Finas dan Perkeso di sini, hari ini.

Fahmi turut menekankan bahawa Sanusi masih ada kes di mahkamah melibatkan dua tuduhan menghasut.

Pada 18 Julai 2023, Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada jam 11 malam, 11 Julai tahun sama.

Kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 23 April, 2024

Topics

Hangat

Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Isteri mangsa yang berada di tepi sungai menarik suaminya ke darat dan memberi bantuan CPR tapi mangsa tidak memberi respons, dia juga menarik dua anaknya selepas mereka timbul, namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Unmasking the quiet Israeli diner who tipped well

Alleged Israeli hitman Shalom Avitan spent days dining at KL's Luce Osteria before his arrest on March 27

Tragic history: Sg Balak remains grim scene of past drownings

Popular spot for picnics, river swims claimed lives in 2021, 2022 due to swirling pools, strong currents

Related