Jangan sebar video nahas helikopter TLDM atau berdepan tindakan: MCMC

Bagi mereka yang tidak mematuhi arahan itu, tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998)

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak menyebarkan video insiden dua helikopter terhempas dalam kejadian di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut atau berdepan tindakan undang-undang.

Itu amaran diberikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bagi memastikan mereka lebih sensitif dengan tragedi menyayat hati terbabit dan menghormati perasaan keluarga mangsa.

Katanya, bagi mereka yang tidak mematuhi arahan itu, tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), iaitu membabitkan perbuatan mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

“Justeru, MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden tersebut bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah AKM 1998.

“Pengguna internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini sedang bersedih di atas kejadian menimpa ahli keluarga mereka,” katanya menerusi kenyataan.

MCMC turut menggesa mana-mana individu yang sudah memuat naik video berkaitan dengan insiden terbabit, segera memadamkannya.

“MCMC menzahirkan simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa insiden dua helikopter terhempas dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, 10 kru TLDM maut selepas dua helikopter, iaitu HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung serta terhempas ketika sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90 di Lumut, Perak pagi ini.

Berdasarkan maklumat diterima, kedua-dua helikopter itu, dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.30 pagi tadi.

HOM terhempas di tangga Stadium TLDM, manakala Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Seramai tujuh individu yang berada dalam helikopter HOM itu, dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli, iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 503, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin (kru), Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi (kru), Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun (kru), Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (penumpang), Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (penumpang) dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (penumpang).

Manakala, tiga kru di dalam Fennec dikenali sebagai Komander Muhamad Amir Mohamad (Pegawai Memerintah Skuadron 502), Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. – 23 April, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related