Nahas helikopter TLDM: PM, Menteri zahir takziah

Perdana Menteri berkata, negara berdukacita dengan tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter itu

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam insiden dua helikopter bertembung, sebelum terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, hari ini.

Perdana Menteri berkata, negara berdukacita dengan tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter itu.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini.

“Tragedi ini ternyata memberi kesan mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara,” katanya menerusi Facebook.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan, khususnya TLDM untuk mencari punca nahas.

“Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka.

“Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat serta kedudukan istimewa di-sisiNya,” katanya.

Terdahulu, 10 kru TLDM maut selepas dua helikopter, iaitu HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung serta terhempas ketika sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90 di Lumut, Perak pagi ini.

Berdasarkan maklumat diterima, kedua-dua helikopter itu, dilaporkan berlepas dari Padang Sitiwan pada jam 9.30 pagi tadi.

HOM terhempas di tangga Stadium TLDM, manakala Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Seramai tujuh kru TLDM yang berada dalam HOM itu, dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dan PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

Tiga lagi yang berada dalam helikopter sama, masih belum dikenal pasti pihak berkuasa.

Manakala tiga kru yang berada dalam Fennec, dikenal pasti sebagai Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Man gets 6 months’ jail, RM12,000 fine for offensive Facebook post on ‘Allah’-printed socks

The second man charged with an offensive Facebook post over the “Allah”-printed socks issue was today sentenced to six months’ jail and fined RM12,000 by the sessions court here.

Related