Suami minta buat panggilan video nak tengok anak-anak: Isteri mangsa kes tembakan KLIA

Itu permintaan pertamanya sebaik sedar dan sudah mula bercakap semalam

12:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebaik sedar semalam, Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, pengawal peribadi yang cedera terkena tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu meminta untuk menghubungi anak-anaknya menerusi panggilan video.

Isterinya, Siti Noraida Hassan berkata, Muhammad Nur Hadith amat merindui tiga anaknya terutama anak sulung yang amat rapat dengannya.

“Sebaik sedar, permintaan pertama dia (suami) minta video call (panggilan video) anak-anak. Dia nak tengok mereka.

“Dia amat merindui mereka terutama anak sulung kami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU). Mereka berdua amat rapat kerana sebelum ini suami yang banyak menguruskannya.

“Jadi bila dapat video call semalam, anak-anak pun happy (gembira),” katanya kepada Scoop yang mendedahkan suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cyberjaya.

Untuk rekod, pasangan yang sedang menanti kelahiran anak keempat itu memiliki tiga cahaya mata berusia antara tiga, 10 dan 13 tahun.

Mengulas lanjut, Siti Noraida berkata, anak-anaknya juga tidak sabar untuk bertemu bapa mereka di hospital kerana sebelum ini mereka hanya dapat mengetahui keadaannya menerusi panggilan video.

“Mereka nak sangat jumpa papa mereka tetapi saya belum boleh bawa lagi. Selama ini, anak-anak hanya tengok papa mereka melalui panggilan video sahaja.

“Mungkin selepas papa mereka ditukar ke wad biasa, barulah saya bawa mereka untuk berjumpa. Tapi anak-anak perlu bersabar sedikit,” katanya kepada Scoop.

Katanya, ketika ini doktor hanya membenarkannya dan beberapa waris terdekat untuk melawat suaminya sepanjang dia dirawat di Hospital Cyberjaya.

“Hanya saya dan waris terdekat boleh melawat sejak hari pertama lagi, cuma anak-anak sahaja tidak dibenarkan,” katanya.

Semalam, Siti Noraida memberitahu Scoop bahawa suaminya sudah sedarkan diri dan tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan selain sudah boleh bercakap.

Terdahulu, Muhammad Nur Hadith yang dirawat di Hospital Cyberjaya selesai menjalani pembedahan pada Selasa lalu dengan pembedahan membabitkan bahagian usus.

Dalam kejadian 14 April itu, mangsa cedera selepas ditembak suspek, Hafizul Harawi yang melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya ketika menunggu jemaah umrah di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA Terminal 1.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut Muhammad Nur Hadith yang juga pengawal peribadi isteri suspek. – 22 April, 2024

Topics

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ice creams seized for being labelled ‘no palm oil’

Enforcement officers from the domestic trade ministry seized RM897.60 worth of ice cream with the offending label

Related