Pesta Songkran: ‘Best betul jadi ahli PAS, berubah-ubah skrip ikut selera tekak’ sindir netizen

Nurul Amin Hamid dikecam kerana berkongsi kehadirannya di Wat Lamdin Naka secara terbuka sedangkan PAS sebelum ini pernah membantah penganjuran pesta masyarakat Siam itu di Perak

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Semua orang wajib dibasahkan termasuk tetamu tanpa mengira darjat, itulah keistimewaan Pesta Songkran,” hantaran terbuka Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Nurul Amin Hamid di media sosial mengenai Pesta Songkran telah mencetuskan kecaman.

Ramai yang mempertikaikan tindakannya kerana beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS membuat hebahan secara terbuka di media sosialnya.

Sedangkan PAS sebelum ini membantah penganjuran pesta tersebut kerana bercanggah dengan Islam.

Malah PAS Perak pernah membuat bantahan susulan penganjuran Pesta Songkran di Sahom, Kampar pada 26 dan 27 Ogos tahun lalu, menyebabkan ia kemudian ditukar nama kepada Pesta Air Sahom.

Keadaan ini menyebabkan orang ramai membanjiri Facebook Nurul Amin dan memintanya memberikan penjelasan kenapa beliau hadir pada sambutan Pesta Songkran peringkat negeri Kedah di Wat Lamdin Naka semalam.

Pesta Songkran itu disambut selama dua hari pada 19 dan 20 April. Dalam pada itu hantaran di Facebook Nurul Amin mengenai Pesta Songkran sudah dipadamkan.

Namun warga maya sudah menangkap layar hantaran tersebut serta memuatnaik di sosial media.

Nurul Amin bertindak memadamkan status yang dimuatnaik di Facebook, namun warga maya sempat menangkap layar hantaran tersebut. – Gambar Facebook, 21 April, 2024

“Mohon beri penjelasan, hadir atas kapasiti apa? Tugas ustad (gelaran kepada Nurul Amin) adalah untuk fahamkan masyarakat Siam mengenai batas beragama. Jika jemputan itu melibatkan ritual agama, wajib elak untuk hadiri, kalau tak kemudaratan yang besar akan terjadi,’’ demikian tulis Zul Zakaria di ruang komen Facebook Nurul Amin.

“Dulu bukan Pemuda PAS bantah ke Pesta Songkran ini? Katanya bercanggah dengan Islam. Best betul jadi ahli PAS ini, berubah-ubah skrip ikut selera tekak,’’ kata Muhammad Sidiq.

“Alhamdulillah, halal dah ke Ustaz Pesta Songkran,’’ demikian sindir Hamzah Kaya.

Dalam pada itu, Scoop cuba mendapatkan penjelasan daripada Nurul Amin namun gagal.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mendakwa, PAS boleh melakukan apa sahaja asalkan ia membawa pulangan politik. – Gambar FB Shaiful Hazizy Zainol Abidin, 21 April, 2024

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin ketika dihubungi Scoop berkata, PAS adalah sebuah parti yang boleh buat apa saja asal ada pulangan politik termasuklah menghalalkan yang haram.

“Dulu kata konsert haram, sekarang dah ada banyak konsert yang tidak menjaga akhlak dan moral dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disalahkan,’’ katanya.

Keadaan di Kedah, katanya semakin terhimpit apatah lagi kegagalan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam mengatasi masalah air. – 21 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Man gets 6 months’ jail, RM12,000 fine for offensive Facebook post on ‘Allah’-printed socks

The second man charged with an offensive Facebook post over the “Allah”-printed socks issue was today sentenced to six months’ jail and fined RM12,000 by the sessions court here.

Related