Terkandas tak dapat masuk hotel awal pagi, pelakon Raja Ilya berang ditipu scammer

Dakwanya, bayaran penuh sudah dibuat tetapi ejen terbabit tetap membatalkan tempahannya

10:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Ilya mendakwa menjadi mangsa penipuan scammer yang menawarkan penginapan di suite mewah menerusi aplikasi tempahan hotel terkemuka.

Menurutnya, dia bersama suami dan anak kecilnya tiba di apartmen popular di ibu negara itu awal pagi tadi tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ejen tempahan.

Malah, lebih mengejutkan, katanya, ejen terbabit membatalkan tempahannya atas alasan tidak masuk akal.

“Inilah situasi kami yang menyakitkan hati, kena scam buat pertama kali. Dah payah-payah datang jauh-jauh sampai tengah malam dengan ada baby.

“Kami booking (tempah) dekat satu tempat ni, Sky S** K*** dah sampai dekat depan, dia cancel booking (batal tempahan) kami.

“Lepas tu dia ambil 100 % duit kami bayar, tak nak return (pulangkan) balik dan tak nak bagi masuk sebab policy no show,” katanya.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Rumilah Begum Raja Mohammad mendakwa, dia sudah membayar penuh tempahan selama seminggu di suite tersebut sebelum mendaftar masuk semalam.

“Padahal dah buat bayaran untuk 1 minggu, kena masuk check in after 4pm (daftar masuk selepas 4 petang) dan just (hanya) sampai lambat.

“Tak kisah lambat… esok ke lusa ke tapi dah bayar sepenuh minggu, full payment (bayaran penuh).

“(Tapi) Dia boleh scam kita tak bagi masuk. Then (kemudian) bila nak deal (berurusan) dengan guard (pengawal keselamatan) dekat depan, guard cakap ejen syarikat tu tak bagi masuk,” katanya.

Malah, Raja Ilya berkata, dia turut dimaklumkan oleh pengawal keselamatan terbabit bahawa ramai pelanggan mengalami nasib sama sepertinya.

“Guard beritahu saya bukan orang pertama complaint (mengadu) macam ni. Ada ramai datang dan (kena) cancel (batal) macam ni dan mereka stranded (terkandas).

“Bayangkan sekarang ni pukul 2 pagi, kami terpaksa lari mencari hotel sebab baby nak tidur dan kena scam dengan syarikat ini.

“Geram tak geram. Kita dah bayar full payment (bayaran penuh), balik nak rest (rehat) sampai-sampai kena buat t***,” katanya.

Jelas pelakon filem Appalam dan Estet itu lagi, dia sudah menghubungi dan menghantar mesej kepada ejen terbabit tetapi tiada respons daripada mereka.

“Call tak jawab, mesej tak reply (balas). Kelam kabut kami nak cari hotel dengan Talita (anak) nak demam. Serius, saya nak ambil tindakan terhadap syarikat ni sebab scam orang.

“Malulah orang Malaysia macam ni. Macam t***. Saya mahukan keadilan dan saya tidak setuju kamu ambil 100% duit bayaran saya padahal kamu yang batalkan tempahan kami,” katanya.

Untuk rekod, Raja Ilya yang menetap di Perth, Australia pulang ke Malaysia untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarganya di sini. – 21 Apri, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related