‘Saya gagal selamatkan kereta’ penduduk Kg Kubu Gajah kecewa dua kali rumah kena banjir

Kereta tersadai, tiga kali terpaksa membersihkan rumah dan berdepan kerugian harta benda antara musibah yang terpaksa dihadapi penduduk

8:00 AM MYT

 

SUNGAI BULOH – “Saya dah penat.”

Itu luahan seorang penduduk di Kg Kubu Gajah di sini yang sudah dua kali berdepan dengan banjir meskipun baru tiga tahun menetap di kawasan berkenaan.

Menurut Muhammad Hafizi Hafiz Roslan, 28, yang menetap di Lorong 16, banjir kilat pada Selasa lalu merupakan kejadian banjir kedua yang dilaluinya sekeluarga sejak Disember 2021.

Menurut kakitangan swasta itu, dia kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan kenderaannya yang rosak teruk akibat ditenggelami air yang naik hingga ke paras paha.

Muhammad Hafizi Hafiz Roslan hanya mampu melihat keretanya yang tersadai dan tidak boleh digunakan lagi selepas rosak teruk akibat ditenggelami banjir. – Halim Salleh/Scoop, 22 April, 2024

“Sekarang kereta itu memang tersadai dan tak boleh digunakan lagi.

“Jujur saya cakap memang letih untuk mengemas dan ketika kejadian berlaku, saya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan suara jiran minta alihkan kereta tapi saya tak sempat berbuat demikian sebab air naik terlalu cepat.

“Saya harap pihak terbabit dapat membesarkan lagi longkang agar laluan air itu akan jadi elok dan tidak tersumbat sekali gus dapat elak kejadian banjir kilat berlaku lagi,” katanya kepada Scoop.

Norhayati Hassan yang menetap di Lorong 23 terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk membersihkan rumahnya setiap kali dinaiki banjir. – Halim Salleh/Scoop, 22 April, 2024

Sementara itu, Norhayati Hassan, 28, yang menetap di Lorong 23, kampung yang sama berkata, dia mengambil masa selama tiga hari bagi membersihkan kediamannya.

Menurutnya lagi, setakat hari ini masih tiada sebarang bantuan diberikan oleh mana-mana pihak termasuk pertolongan pembersihan rumah daripada persatuan sukarelawan.

“Penat memang tak boleh nak cakap. Kalau ada pasukan sukarelawan (datang membantu), mungkin ambil masa dalam satu, dua hari untuk kemas.

“Buat masa ini memang tiada sukarelawan datang di kawasan sini, mungkin mereka ada pergi ke kawasan lain.

“Mesin basuh dan sofa semua terkena air… yang mana boleh diselamatkan kita akan basuh balik. Yang rosak semua kita dah buang,” katanya.

Mencuci kotoran, membasuh rumah dan berdepan kerosakan barangan antara musibah yang menimpa penduduk setiap kali banjir melanda. – Halim Salleh/Scoop, 22 April, 2024

Nur Rokiah Abu Bakar, 51, pula berkata, dia berkemungkinan akan berpindah mencari kawasan rumah baharu yang kurang berisiko dilanda banjir.

Menurutnya dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, dia tidak larat untuk mengemas rumah pasca banjir yang banyak merosakkan barangan elektrik dalam rumah.

“Hari ini dah masuk hari ketiga kami kemas dan masih belum selesai sampai sekarang. 

“Saya buat sikit-sikit sebab ada penyakit asma. Selepas ini, saya kena buat rak tinggi ataupun pindah rumah.

“Sekarang ini pun, saya tidur di atas lantai sebab alas toto dah buang. Nak tunggu suami dapat gaji untuk beli tilam baharu, dan dia pun dah seminggu terpaksa ambil cuti untuk kemas barang-barang,” katanya.

Menurut Rokiah, setakat ini tiada sebarang sumbangan diterimanya memandangkan dia dan suami bukan anak jati negeri Selangor.

Nur Rokiah Abu Bakar sedang mencari penempatan baharu yang kurang berisiko banjir kerana sudah letih berdepan isu kerosakan barangan dan mencuci rumah, apatah lagi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dia bekerja keras. – Halim Salleh/Scoop, 22 April, 2024

“Saya ada isi borang tetapi belum dapat bantuan kerana kami bukan berasal dari negeri Selangor.

“Ada orang datang bagi bantuan beras dan barang, tetapi saya tidak dapat jadi tengok sahaja (pemberian bantuan).

“Sepatutnya tak kiralah negeri asal mana pun, dah jadi macam ini (bencana alam) kenalah bantu semua orang. Kami ni pun bukanlah gaji tinggi,” katanya.

Selasa lalu, Scoop melaporkan hujan lebat sejak lebih sejam mengakibatkan kawasan perumahan di Kampung Kubu Gajah dinaiki air.

Beberapa laluan utama di kawasan ini terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan.

Selain Kubu Gajah, kawasan yang turut terjejas ialah Kampung Melayu Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh. –  22 April,2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Mufti slams calls for ‘overboard’ boycott of non-Muslim businesses after ‘Allah’-printed socks debacle

Calls for non-Muslim businesses to be boycotted in the aftermath of the fiasco surrounding convenience store chain KK Mart’s sale of socks printed with the word “Allah” is “overboard and against Islamic teachings”. 

Related