PRK DUN Kuala Kubu Baharu: PN tentukan calon Isnin ini

Mengulas sekiranya PN ingin meletakkan calon Melayu atau bukan Melayu di kawasan berkenaan, Takiyuddin enggan memberikan maklumat

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat Isnin ini bagi menentukan calon gabungan itu yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat itu akan diadakan pada jam 5 petang di Kuala Lumpur.

“Jadi PN belum menentukan calon untuk mewakili kita (gabungan) dari parti mana.

“Kita hanya bermesyuarat Isnin ini di Kuala Lumpur jam 5 petang untuk Majlis Tertinggi PN menentukan calon kita,” katanya.

Mengulas sekiranya PN ingin meletakkan calon Melayu atau bukan Melayu di kawasan berkenaan, Takiyuddin enggan memberikan maklumat.

“Saya tak boleh mendahului, kita belum bincang lagi, syarat (calon) mesti bermastautin (di situ),” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu hari ini.

Ditanya pandangannya mengenai kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang terbuka kepada cadangan untuk parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meletakkan calon Melayu di kawasan berkenaan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bahru berkata, ia tidak menjadi masalah.

“Mengikut undang-undang negara (ini), mana-mana warganegara Malaysia kalau untuk DUN, siapa yang bermastautin di negeri itu boleh menjadi calon,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRK kawasan berkenaan pada Sabtu minggu depan, manakala pengundian ditetapkan 11 Mei ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu. – 20 April, 2024

Topics

Hangat

Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Isteri mangsa yang berada di tepi sungai menarik suaminya ke darat dan memberi bantuan CPR tapi mangsa tidak memberi respons, dia juga menarik dua anaknya selepas mereka timbul, namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Unmasking the quiet Israeli diner who tipped well

Alleged Israeli hitman Shalom Avitan spent days dining at KL's Luce Osteria before his arrest on March 27

Tragic history: Sg Balak remains grim scene of past drownings

Popular spot for picnics, river swims claimed lives in 2021, 2022 due to swirling pools, strong currents

Related