Afidavit Zahid: Adam Adli minta Akmal hormati pemimpin, tenang sebelum keluar kenyataan ‘berapi’

Ketua Pemuda Umno itu memuatnaik hantaran di Instagram mempersoalkan sama ada kerajaan akan mematuhi arahan Yang di-Pertuan Agong ke-16

11:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PKR, Adam Adli Abdul Halim meminta Dr Muhamad Akmal Saleh lebih bertenang dan berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan, sama ada mengenai pendirian rasmi atau peribadinya.

Permintaan berkenaan dibuatnya selepas Ketua Pemuda Umno itu memuatnaik hantaran di Instagram mempersoalkan sama ada kerajaan akan mematuhi arahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Adam berkata, walaupun Dr Akmal mungkin bukan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH), beliau masih ketua pemuda sebuah parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang memerintah ketika ini.

“Sebagaimana kami sepakat tonjolkan sikap hormat kepada Presiden saudara, dengan sentiasa berhati-hati memilih perkataan dan menyatakan pandangan kalau pun dalam isu yang kadang amat fundamental dan mengesankan, apa sangat harganya untuk saudara ambil sikap sama terhadap Presiden kami, pimpinan utama kita, Perdana Menteri sendiri?

“Sebagai Ketua Pemuda parti pemerintah, di samping menjadi wakil rakyat dan exco negeri, anda mempunyai akses luas kepada kepimpinan anda sendiri dan parti rakan anda.

“Apa sahaja anda ingin bangkitkan, ia akan didengar dan dibalas,” kata Adam menerusi kenyataan.

Malah, Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Dr Akmal tidak dilarang daripada mempertahankan bekas presiden partinya, tetapi mencetuskan suasana bermusuhan tidak akan kondusif.

“Mungkin saudara ada semangat tinggi untuk membela Najib, itu ikrar saudara yang kita tidak pernah larang kalau pun ada berbeza pandangan .

“Cuma percayalah, menimbulkan suasana yang cenderung memulakan pergeseran sebegini tidak membantu pun dalam mencapai apa yang terbaik buat semua,” katanya.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan semakan, mendakwa kewujudan perintah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bertarikh 29 Januari lepas, didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman penjara sementara di bawah tahanan rumah.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) serta Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang di Jabatan Perdana Menteri, sebagai responden.

Pada 9 April, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid yang dinamakan sebagai saksi kritikal dalam semakan kehakiman Najib terhadap kerajaan, memfailkan afidavit menyokong permohonan Najib berhubung Titah Adendum (tambahan) dikeluarkan itu yang membenarkan penahanan rumahnya.

Afidavitnya mendakwa Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kepadanya mengenai kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari lalu itu, semasa pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, beliau akan mengeluarkan afidavitnya sendiri untuk membetulkan beberapa ‘kesilapan fakta’ dalam dokumen Zahid.

Jabatan Peguam Negara juga berkata ia akan membangkitkan perkara itu di mahkamah. – 19 April 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related