Letusan Gunung Ruang: Beberapa penerbangan ke Kota Kinabalu dibatalkan pagi ini

Laman web MAS menunjukkan penerbangan yang dijadualkan pada 8.05 pagi, 9.15 pagi dan 11.35 pagi telah dibatalkan

10:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penerbangan ke Kota Kinabalu menerusi Malaysia Airlines hari ini masih dibatalkan susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia. 

Semakan status penerbangan di laman web Malaysia Airlines mendapati penerbangan ke Kota Kinabalu pada 8.05 pagi tadi, MH2612, telah dibatalkan. 

Setakat ini, penerbangan ke destinasi sama yang turut dibatalkan ialah MH2610 bagi perjalanan pada 9.15 pagi dan MH2646 pada 11.35 pagi ini.

Penerbangan-penerbangan yang dibatalkan pagi ini. – Gambar tangkap layar laman web MAS, 19 April, 2024 

Manakala penerbangan lain iaitu MH2614, MH2616, MH2640, MH2638, MH2606, MH2628 dan MH2626 masih dijadualkan seperti biasa.

Bagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pula, MH2621 pada jam 11.30 pagi ini dibatalkan, sama seperti MH2611 (1 petang) dan MH2641 (3 petang). Lain-lain jadual penerbangan ke Kuala Lumpur berjalan seperti biasa.

Sementara itu, bagi dari Kuala Lumpur ke Kuching, status penerbangan Malaysia Airlines menunjukkan semua penerbangan berjalan seperti dijadualkan.

Dalam pada itu, AirAsia menerusi status penerbangan dalam laman webnya turut menunjukkan pembatalan bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pagi ini.

Pesawat AK5108 yang sepatutnya terbang pada 6.05 pagi, AK5134 (7.15 pagi) dan AK5136 (9.15 pagi) juga dibatalkan.

Sementara untuk pesawat AK9112 pada 10 pagi tadi diletakkan berjalan seperti dijadualkan, setakat ini.

Pembatalan sama turut melibatkan pesawat AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan berdasarkan status penerbangan syarikat itu, tiga penerbangan dibatalkan hari ini.

Ia adalah AK5135 pada 6 pagi tadi, AK5109 (9.20 pagi) serta AK5133 pada 10.20 pagi.

Manakala semua penerbangan AirAsia ke Kuching berjalan dengan lancar setakat ini.

Semalam Malaysia Airlines dan AirAsia terpaksa membatalkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak susulan letusan gunung berapi Ruang di Indonesia.

Dalam pada itu, dianggarkan lebih 11,000 penduduk di utara Sulawesi dipindahkan selepas Gunung Berapi Ruang meletup beberapa kali semalam.

Gunung berkenaan yang mula meletus pada Selasa malam, mengeluarkan kepulan asap tebal ke ruang udara dan semalam, empat letusan direkodkan. – 19 April, 2024

Topics

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ice creams seized for being labelled ‘no palm oil’

Enforcement officers from the domestic trade ministry seized RM897.60 worth of ice cream with the offending label

Related