Gunung berapi Ruang meletus: Rombongan pengantin, jemaah umrah antara ribuan terkandas di KKIA

Rusnih Majid dari Beaufort bersama 16 ahli keluarganya termasuk ibu pengantin sepatutnya bertolak ke Kuching pada 12.30 tengah hari namun penerbangannya dibatalkan

2:54 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, berikutan pembatalan penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah dan Sarawak hari ini.

Rusnih Majid, 65, dari Kampung Luagan Sanginan Beaufort bersama 16 ahli keluarganya termasuk ibu pengantin lelaki dijadual bertolak ke Kuching pada jam 12.30 tengah hari melalui syarikat penerbangan Firefly, namun penerbangan itu dibatalkan hari ini serta dijadual semula.

Beliau berkata, seawal jam 6 pagi lagi mereka telah bertolak dari Beaufort dan hanya mengetahui mengenai penjadualan semula penerbangan itu apabila tiba di KKIA kira-kira jam 9 pagi.

“Memang rasa kecewa juga sebab kami datang dari jauh (Beaufort), keluarga dari Labuan pun ada bersama, kami ke sana untuk majlis kahwin anak adik saya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Rusnih bagaimanapun berharap situasi itu tidak berlarutan dan mereka sekeluarga akan dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya itu yang berlangsung pada Sabtu ini.

Sementara itu, Penasihat Syariah Raudah Borneo Travel and Services Sdn Bhd, Datuk Saifulzaman Sangul berkata, agensi itu yang membawa seramai 66 jemaah umrah, juga turut terkandas.

Keadaan di KLIA2, Sepang juga kecoh selepas penumpang pesawat AirAsia beratur di kaunter bagi mendapatkan info terkini penjadualan semula penerbangan yang dibatalkan. – Gambar Bernama, 18 April, 2024

Beliau berharap kepada semua jemaah supaya dapat bersabar dan berdoa semoga situasi itu akan menjadi lebih baik dan operasi penerbangan kembali berjalan seperti biasa.

“Mereka yang menunaikan umrah kita harapkan penerbangan mereka sampai ke Tanah Suci dengan aman selamat dan melaksanakan tanggungjawab umrah,” katanya.

Jemaah umrah Nuraini Robert, 54, dan anaknya Najwa Musain Musli, 28, dari Kampung Paal, Tenom juga terpaksa akur apabila penerbangan mereka melalui agensi umrah itu yang dijadual pada jam 12.05 tengah hari ke Singapura telah ditangguhkan.

Katanya, mereka hanya mengetahui penjadualan penerbangan itu ketika berada di KKIA, selepas dimaklumkan oleh agensi umrah yang membawa rombongan jemaah yang dijangka tiba di Jeddah esok.

Atas faktor keselamatan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan selepas gunung berapi Ruang meletus. – Alif Omar/Scoop, 18 April, 2024

“Makcik sampai di Kota Kinabalu semalam dan apabila terjadi situasi begini, kita terima sajalah, berdoa semoga keadaan akan menjadi lebih baik dan selamat sampai ke tempat yang dituju,” katanya.

Beberapa penerbangan hari ini antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air menghubungkan KLIA, Sabah serta Sarawak dibatalkan ekoran letusan gunung berapi Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines setakat ini memberitahu 19 penerbangannya telah dibatalkan, 11 penerbangan melibatkan Sabah, manakala lapan lagi melibatkan Sarawak.

AirAsia pula memberitahu 16 penerbangannya dengan destinasi KLIA dan Sabah dibatalkan, iaitu lapan melibatkan Kota Kinabalu dan lapan lagi melibatkan Tawau. – 18 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

PN’s Kuala Kubu Baharu candidate tight-lipped over loan shark debt allegation

A since deleted post on social media site X had said a PN candidate owed tens of thousands of ringgit to loan sharks

Related