Hujan lebih sejam, Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat

Beberapa laluan utama di kawasan ini terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kediaman turut dinaiki air

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hujan lebat sejak lebih sejam mengakibatkan kawasan Kampung Melayu Subang dinaiki air.

Beberapa laluan utama di kawasan ini terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kediaman turut dinaiki air.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan (Adun) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim menerusi aplikasi X memaklumkan selain Kampung Melayu Subang, kawasan lain yang terlibat banjir ialah Subang Bestari, Kampung Baru Sungai Buloh.

Ia disebabkan kenaikan paras air Sungai Damansara ke tahap bahaya.

Sementara itu, salah seorang penduduk di Kampung Melayu Subang, Siti Sarah Wan Zulkifli berkata, dia dan suaminya telah mengemas barang-barang mereka untuk disimpan di tempat tinggi.

“Air sampai muka pintu tapi sebab tiga tahun lalu, banjir besar hingga ke paras pinggang jadi kami agak trauma. Semoga banjir akan surut,’’ katanya yang turut memaklumkan ketika ini kawasan berkenaan dilanda hujan renyai-renyai.

Seorang lagi penduduk Safie Yusof, 44 pula berkata, air naik kira-kira 30cm dalam rumahnya dan ia memang sesuatu yang tidak dijangkakan.

“Saya sempat alihkan sedikit perabot dan barang dalam rumah, tidak sempat untuk mengalihkan kenderaan, namun saya bersyukur apabila air mula surut.

Sementara itu, Rapid KL menerusi laman media sosialnya memaklumkan bas tidak dapat beroperasi sementara waktu disebabkan banjir melanda kawasan Kem Paya Jaras.

“Semua hentian bas tidak dapat dilalui. Laluan yang terlibat adalah Laluan T112 & T102. Segala kesulitan amat dikesali,’’ katanya.

Manakala Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir.

“Kekerapan tren pada petang ini adalah 4-5 minit. Pengguna diminta rancang perjalanan lebih awal,’’ jelasnya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya telah menggerakkan anggota berserta beberapa aset ke lokasi terlibat iaitu di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah bagi memantau situasi.

Beliau berkata pemantauan di lokasi kejadian mendapati kawasan terbabit dinaiki air antara 0.3 meter (m) hingga 0.6m dan keadaan adalah terkawal.

’Banjir berlaku akibat limpahan sungai berhampiran dan ketika ini paras air menunjukkan trend menurun.

“Keadaan adalah terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan bagi kedua-dua lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – 16 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related