Konflik Asia Barat: Ekonomi, perdagangan Malaysia pasti terkesan jika situasi terus meruncing

Punca masalah di Asia Barat adalah isu pendudukan Israel dan cara mereka menguasai serta menghancurkan Palestin

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Konflik di Asia Barat yang dibimbangi meruncing susulan serangan balas Iran terhadap Israel, pasti memberi kesan kepada ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan negara lain di rantau itu.

Bercakap kepada Scoop, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan berkata, Malaysia pastinya tidak mahu konflik menjadi lebih tegang sehingga membawa kepada tercetusnya perang.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan. – Gambar Bernama, 16 April, 2024

“Ini kerana kita banyak berdagang dengan negara di rantau itu, seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kita banyak eksport bahan daripada minyak sawit.

“Ketegangan ini sudah pasti akan memberi kesan ekonomi, begitu juga dengan kesan geopolitik walaupun Malaysia tidak banyak kerjasama perdagangan dengan Iran, tetapi kita mempunyai hubungan baik bersama Tehran.

“Sudah pasti perkara ini akan dipandang serong oleh negara barat lain. Tapi hakikat ialah Iran melakukan seranga itu kerana mempertahankan diri, memandangkan kedaulatan mereka sudah dicabar di Damsyik, Syria dua minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata, dalam hal ini, ia sejajar kenyataan Wisma Putra yang bersesuaian dengan Perkara 41 Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa ahli berhak mempertahankan diri dalam perkara itu.

“Sebab itu kita lihat mesyuarat pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) Ahad lepas, mengutuk tindakan Iran tapi pada hakikatnya mereka mahu perkara ini reda sedikit.

“Bermula dengan serangan Iran tetap ia berakhir apabila Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka berjaya pintas 99 peratus serangan.

“Memang ada ugut-mengugut, tapi ia hanya setakat itu, Iran tidak mahu berperang, begitu juga Israel kerana ini merugikan semua,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, sekiranya perang fizikal tercetus, bukan Malaysia semata-mata sebaliknya semua negara akan merasai kesannnya.

“Apakah tahap perdagangan Malaysia dengan negara-negara di rantau itu terutamanya Iran akan terjejas? Dengan Israel kita tidak ada hubungan langsung, tapi bagaimana dengan negara sekeliling Iran.

“Perdagangan kita dengan Iran tidak begitu tinggi, tapi Iran main peranan penting sebagai negara yang terlibat dalam perdagangan kerana kedudukan geostrategik negara itu, selain pentingnya Iran sebagai pengeluar minyak terbesar.

“Atas perkara ini, sekiranya perang tercetus, berapa lama akan ambil masa, sebulan, setahun, ini juga sesuatu yang penting kita harus fikirkan,” katanya.

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar. – Gambar Bernama, 16 April, 2024

Beliau berkata, punca masalah di Asia Barat adalah isu pendudukan Israel dan cara mereka menguasai serta menghancurkan Palestin.

“Ini masalah yang harus diselesaikan, tapi kita tak dapat selesaikan masalah Asia Barat.

“Malah Amerika Syarikat (AS) juga jadi pelindung kepada Israel, selagi mereka tidak sanggup selesaikan perkara ini, selagi itu masalah tidak akan selesai.

“Keinginan dan keazaman AS untuk menguasai dunia, itu yang menjadi masalah,” katanya.

Chandra yang juga Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST) berkata, Malaysia harus terus memantau keadaan dan mengekalkan pendirian bagi berpegang kepada keadilan serta prinsip dasar luar.

“Kita sokong Palestin bukan sebab agama semata, tapi kerana keadilan, malah yang membuat demonstrasi di AS, di Eropah, kebanyakannya bukan orang Islam, tapi sokongan kerana keadilan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan sedang memantau rapat perkembangan ketegangan di Asia Barat dan kedudukan pasaran kewangan negara susulan konflik itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemantauan itu termasuk mengenai potensi dampak ke atas Malaysia.

Katanya, kerajaan akan bertindak bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara, selain mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat. – 16 April, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related