Tandas percuma masuk je: Kebaikan pemilik rumah mudahkan pengguna kenderaan dipuji ramai

Tawaran dibuat sebuah keluarga yang difahamkan di Terengganu itu, bagi memudahkan mereka yang terperangkap dalam kesesakan untuk ke tandas

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia sememangnya dikenali sebagai negara yang memiliki masyarakat berbudi bahasa tinggi dan saling bantu-membantu, terutama ketika sesuatu pihak berdepan kesusahan.

Sikap itu juga dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dan X, Amighuldeghaman menggunakan akaun @ricxxxkiddo, mengenai kemuliaan hati sebuah keluarga.

Menerusi video dikongsikannya, keluarga itu bertindak menawarkan tandas rumah mereka tanpa sebarang bayaran kepada orang ramai yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tetapi tidak tahan menggunakan kemudahan berkenaan.

“Bagusnya tuan rumah ni. Memudahkan orang lain yang hadap jammed (kesesakan) tapi tak tahan nak pi (pergi) tandas.

“Terima kasih orang baik,” menurut keterangan di video itu.

Melalui video berdurasi 36 saat itu, kelihatan seorang wanita daripada keluarga terbabit menulis tawaran berkenaan di atas sekeping plakad menggunakan pen marker.

“Tandas free (percuma)! Masuk jerr (sahaja),” tulisnya.

@r.nissss tandas free 2.0 2024🥰 #jemraya #raya2024 #alamakrayalagi ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Plakad itu kemudian diletakkan di luar rumahnya berhampiran laluan kenderaan.

Malah, video itu turut memaparkan beberapa kenderaan berhenti untuk ke tandas rumah terbabit.

Video itu yang dimuat naik semalam sebelum tular di media sosial, ditonton 405,000 dan menerima 8,500 tanda suka di platform X setakat ini.

Berdasarkan ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan kebaikan keluarga itu, selain memuji dan mendoakan semoga rezekinya dimurahkan.

“Semoga owner (pemilik) rumah dimurahkan rezeki sepertimana mengalirnya air yang orang guna kat tandas,” kata @al.masudynizam.

“Nampak simple act of kindness (kebaikan kecil) tapi besar pahala tuan rumah, instead of (daripada) kenakan caj tapi dia harap dibayar dengan balasan rahmat dari Allah, semoga rezeki tuan rumah makin diberkati dan melimpah ruah serta diberi ganjaran syurga, insya-Allah,” tulis @drac4ry5.

“Ya Allah bagusnya, semoga dimudahkan urusan tuan rumah nanti,” komen @Shah Haikal.

“Aku nampak dia hidang air jugak, huhu,” ujar @ZainaaalAbidin.

“Semoga dipermudahkan urusan tuan rumah selalu, sampai bila-bila orang ingat kenangan ni,” kata @iamni_.

“Bapak aku cerita dulu sebelum R&R (rehat dan rawat), memang ini amalannya, tumpang rumah strangers (orang tidak dikenali), nak tumpang toilet ke, kereta rosak ke, tak ada tempat nak bermalam ke, orang Melayu tak kisah terima tetamu, orang lalu depan rumah pun diajak sama…” respons @Jinxdperson.

“Tula kesian kalau orang ni tak ada, mana diaorang nak cari toilet (tandas),” menurut @Xerralala.

“Satu saja nak pesan kalau dah ada orang offer (tawar) benda baik macam ni, lepas buang hajat tu tolong la cuci tandas tu elok-elok balik ya, macam mana awak masuk bau wangi dan bersih make sure (pastikan) keluar pun elok,” kata Fathinzzzh.

“Yezza, bagus, apa pun hati-hati, nanti ada yang ambil kesempatan dalam kebaikan, jirus @ flush lepas guna…” nasihat @opel_gemini. – 15 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related