Kerajaan pantau rapat ketegangan Asia Barat, awasi kesan konflik kepada Malaysia

Kerajaan akan bertindak bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara, selain mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat

9:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan ketegangan di Asia Barat dan kedudukan pasaran kewangan negara susulan konflik itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemantauan itu termasuk mengenai potensi dampak ke atas Malaysia.

Katanya, kerajaan akan bertindak bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara, selain mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat.

“Hari ini saya mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, selain pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Asia Barat.

“Serangan dilancarkan Iran adalah tindak balas yang berpunca daripada serangan biadab Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.

“Ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Asia Barat, tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat.

“Semua pihak mesti berusaha mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.

“Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera,” katanya.

Anwar berkata, bagaimanapun, Malaysia kekal teguh dengan pendiriannya untuk bersama warga Palestin yang terus menanggung derita daripada kemelut terbabit.

“Sekarang adalah ketikanya semua pihak memainkan peranan dalam mendesak untuk menamatkan ketegangan,” katanya.

Iran melancarkan serangan ke atas Israel semalam, dengan ia menjadi konflik terbaharu di Asia Barat, selepas kemelut peperangan antara Israel dengan Palestin yang masih berterusan sejak Oktober tahun lalu.

Tindakan Iran terbabit menyaksikan puluhan dron dan peluru berpandu dilancarkan ke negara berkenaan, sebagai ‘balas dendam’ terhadap serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu yang mengorbankan tujuh Pengawal Revolusi termasuk dua jeneral.

Iran menyatakan bahawa ia tindakan membela diri berdasarkan kepada Piagam 51 PBB.

Setelah serangan berakhir, Perutusan Tetap di PBB mengumumkan bahawa Iran menganggap tindakan mereka terhadap Israel dibenarkan dan ‘dianggap selesai’.

Namun, Iran menegaskan, sekiranya rejim Israel atau sekutunya ‘melakukan sekali lagi kesalahan, tindak balas akan jauh lebih berat’.

Katanya, tindakan balas itu akan terus menyebabkan serangan tidak berpenghujung. – 14 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related