Wanita terkejut suspek, isteri pernah bawa rombongan umrah, ‘Mereka sangat baik’

Semasa di awal rombongan itu, dia agak was-was dengan latar belakang suspek sebagai mutawif

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terkejut apabila suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi merupakan mutawif yang pernah mengiringi rombongan jemaah umrah bersama isterinya pada 2012.

Menerusi perkongsiaan wanita itu di platfom X, dia bagaikan tidak percaya dengan kejadian tersebut kerana pasangan suami isteri berkenaan sangat baik.

“Ya Allah! Suspek ni mutawif umrah saya pada 2022! Ustaz Hafizul kita panggil dia. Dia dengan isteri Ustazah Farah Cie tu sama-sama bawa rombongan umrah kami.

“Saya simpan lagi gambar suami saya dengan dia masa kat KLIA. Dia yang pakai spek kat tepi tu. Terkejut baca berita ni. Dia (ustaz) ada rekod jenayah dan suami isteri ada isu rumah tangga sejak 2013 dan 2016.

“Terkenang mereka berdua masa rombongan umrah tu. Pasangan yang sangat baik. Sabar layan kami baik-baik. Suspek tu siap offer (pelawa) kami rehat kat hotel dia sebab hotel kami jauh sikit,” katanya.

Ceritanya lagi, semasa di awal rombongan itu, dia agak was-was dengan latar belakang suspek sebagai mutawif.

“Dia nampak baik, okey je layan kami baik. Cuma dari awal trip (rombongan) umrah tu, saya dah agak dia ni tak ada background (latar belakang) agama atau bukan mutawif betul pun.

“Sebab banyak benda saya tanya dia blur blur. Macam mutawif tangkap muat,” katanya.

Dakwa wanita itu lagi, berdasarkan semakan dalam grup WhatsApp yang disertainya semasa rombongan umrah sebelum ini, suspek dipercayai sudah menukar nombor telefon bimbit yang digunakannya.

“Saya check (semak) balik dalam grup nombor dia dah tukar ke nombor foreigner. Bukan sengaja nak merendahkan imej ustaz tapi memang dari awal dah diperkenalkan dengan title tersebut,” katanya.

Pada masa sama, wanita tersebut turut kecewa apabila perkongsiannya itu dikecam segelintir pihak yang menyifatkan ia sebagai menyebar aib suspek tersebut.

“Tak tahulah kenapa ada orang ingat saya post ni sebar aib. Kau g*** kea pa suspek tu sedang diburu polis sebab cubaan membunuh dan memiliki senjata api tanpa lesen.

“Dan dia masih bebas di luar sana! Kita nak orang semua alert (waspada), kau sibuk dengan aib. Apa benda punya mengarut,” katanya.

Katanya lagi, suspek turut aktif berkempen politik dalam grup WhatsApp jemaah umrah di bawah kendaliannya bersama isteri.

“Dalam grup umrah pun dia kempen juga,” katanya.

Perkongsian wanita tersebut turut menjadi perhatian netizen dengan rata-rata mempersoalkan kelayakan suspek sebagai mutawif dan gelaran ustaz digunakannya.

“Nampak baik bukannya baik! Sesiapa pun yang kita kenal rapat boleh acah-acah tunjuk macam baik. Ni satu lagi masalah orang yang konon kuat agama. Berselindung di sebalik agama tapi jahat. Lepas tu sibuk berpolitik. Kesian siapa pernah ikut trip dia,” kata @matasah124.

“Mungkin scammer dah bertahun-tahun ni. Jadi mutawif untuk lari dari jejak polis. Last-last kantoi jua,” kata @nzmghani.

“Ustaz ke tak ustaz ke, kalau nak jadi penjenayah, jadi je,” kata @Sarclover.

“Mutawif tak perlukan latar belakang agama pun. Saya kenal seorang mutawif yang sudah berkahwin, gatal, selalu mengorat klien wanita dan menipu isterinya dengan klien sendiri. Alhamdulillah dah bercerai. Jangan fikir orang macam ni baik sangat,” kata @LuytenGliesee. – 14 April, 2024

Topics

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

AstraZeneca acknowledges rare Covid-19 vaccine side effects amid legal battle 

However, company emphasises regulators worldwide agree benefits outweigh risks of extremely rare potential risks

Perlis MB Shukri Ramli detained after MACC quizzing on son’s graft probe

PAS leader held at agency’s headquarters in Putrajaya this morning

Related