Kabinet bincang isu kesesakan Jalan Kuantan-Segamat Rabu ini, jambatan kekal perlu disegerakan

4:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Isu kesesakan luar biasa di jambatan bailey di Seksyen 102, Jalan Kuantan-Segamat pada Aidilfitri kali ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembinaan jambatan kekal bagi menggantikan jambatan bailey tersebut perlu disegerakan berikutan rungutan orang ramai yang terpaksa menempuh kesesakan berjam lamanya di laluan tersebut.

“Awal tahun lalu, saya sendiri sudah turun padang melawat laluan berkenaan, yang berlaku tanah mendap akibat hujan dan banjir. Disebabkan kawasan di situ tidak boleh dilalui kenderaan, keputusan untuk bina jambatan bailey, diambil.

“Jambatan bailey adalah jambatan sementara, bukan jambatan kekal. Kerajaan juga sudah umumkan pembinaan jambatan kekal bernilai RM17 juta untuk menggantikan jambatan bailey sebelum ini,” katanya seperti dilaporkan BH.

Sebelum itu, Scoop melaporkan pengguna Jalan Kuantan-Segamat kecewa apabila terpaksa menempuh kesesakan berjam-jam lamanya ketika melalui laluan tersebut ketika sambutan Aidilfitri.

Kesesakan berlaku berikutan pengguna terpaksa memperlahankan kenderaan mereka sebaik tiba di laluan yang mendap di jambatan panel keluli bermodular atau jambatan bailey sementara yang dibina di lebuh raya itu.

Datuk Seri Ahmad Maslan ketika meninjau pembinaan jambatan bailey di Seksyen 102, Jalan Kuantan-Segamat Januari lalu – Gambar laman web JKR, 14 April, 2024

Selain itu, seorang pengguna mendakwa banyak bumper kenderaan yang melalui laluan tersebut turut tercabut.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlien Pontian berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyegerakan pembinaan jambatan kekal di laluan berkenaan bagi kemudahan orang ramai.

Malah katanya, pengguna disaran menggunakan jalan alternatif terutama pada hujung minggu dan musim perayaan bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut.

Pada 7 Januari lalu, jalan mendap dikesan di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan berkenaan berlubang dan hampir putus.

Susulan itu, ia ditutup kepada semua jenis kenderaan dan beberapa laluan alternatif dibuka kepada pengguna, antaranya laluan FT 03 (Kuantan–Endau), FT 63 (Leban Condong–Muadzam Shah) dan FT82 melalui Pekan Batu Balik.

Bagaimanapun, laluan itu sudah dibuka semula kepada pengguna pada 27 Januari lalu dengan jambatan bailey dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan dibenarkan tidak melebihi 20 tan dan had kelajuan 30 kilometer sejam (km/j).

Pada 18 Januari lalu, Kementerian Kerja Raya dilapor sudah memohon peruntukan RM17 juta daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi pembinaan jambatan kekal menggantikan jambatan bailey itu.

Pembinaan jambatan kekal dijangka mengambil masa dua sehingga tiga tahun untuk disiapkan. – 14 April, 2024

Topics

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

PN’s Kuala Kubu Baharu candidate tight-lipped over loan shark debt allegation

A since deleted post on social media site X had said a PN candidate owed tens of thousands of ringgit to loan sharks

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related