Projek pembangunan semula Stadium Shah Alam bakal bawa limpahan ekonomi kepada penduduk

Pembinaan pusat komersial di sekitar Kompleks Sukan Shah Alam membolehkan ramai pihak mencari rezeki iaitu bagi peniaga dan kerajaan negeri

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek skala besar seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam bakal memberi impak dengan menjana ekonomi terutama penyediaan pebagai peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat.

Bercakap kepada Scoop, bekas Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, apa yang paling penting pembangunan semula stadium itu akan membolehkan semua pihak mencari rezeki iaitu bagi peniaga dan kerajaan negeri.

“Kompleks stadium baharu ini ada astaka dan dibina premis dan gerai-gerai, jadi bolehlah orang Melayu berniaga, bertambahlah (jumlah) peniaga serta pengusaha makanan dan minuman dalam kalangan Bumiputera.

“Yang paling mustahak, dengan adanya projek ini, masih ada perniagaan untuk dijalankan rakyat negara ini dan sumber ekonomi kepada kerajaan dan kerajaan negeri, jadi semua orang boleh sama-sama cari rezeki.

“Saya tidak melihat projek ini sebagai satu masalah, tidak dinafikan ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan mencipta isu, seperti Parti Hijau Malaysia (PHM), saya kenal mereka dalam parti ini yang hanya mahu mencari glamour (populariti) itu sahaja,’’ katanya.

Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, kompleks stadium baharu mempunyai astaka, selain dibina premis dan gerai-gerai yang membolehkan ramai orang berniaga, termasuk pengusaha makanan serta minuman dalam kalangan Bumiputera. – Gambar media sosial, 13 April, 2024

Baru-baru ini, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menempelak Setiausaha Protem PHM, Abdul Razak Ismail kerana campur tangan dalam projek pembangunan semula Stadium Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastuktur dan Kemudahan Awam negeri, Izham Hashim berkata, individu terbabit tidak perlu ‘menyibuk’ dalam projek pemulihan tersebut.

“Dia (Razak) memang bermasalah, jadi dia tak perlu sibuk. Tidak ada isu pun (dalam projek stadium) kerana semua di bawah tanggungjawab MRCB (Malaysia Resource Corporation Berhad),” kata Izham.

Razak menerusi Facebooknya sebelum ini mempersoalkan bagaimana Pemerbadanan Menteri Besar Selangor atau MBI Selangor sebagai pemilik projek boleh menandatangani perjanjian persefahaman bagi kerja perobohan stadium itu dengan sebuah syarikat yang memiliki modal berbayar RM100.

Razak turut berkongsi salinan maklumat kewangan syarikat terbabit yang diperoleh menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun semakan Scoop dalam dokumen SSM mendapati pemaju yang diperkatakan itu iaitu Lembaran Prospek Sdn Bhd, merupakan syarikat milik penuh MRCB Land Sdn Bhd yang mempunyai modal berbayar RM5 juta.

Pemilik majoriti MRCB ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain Razak, seorang lagi ialah penulis blog dari Australia, Murray Hunter yang sering mengkritik kerajaan persekutuan serta negeri Selangor.

Murray telah mendapat kecaman kerana kenyataan menghasut terhadap institusi diraja dan kini tertakluk kepada Notis Biru yang dikeluarkan oleh Bukit Aman kepada Thailand, iaitu tempat di mana dia menetap.

Dia merupakan bekas pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) namun sudah ditamatkan perkhidmatan sejak 14 Ogos, 2015.

Dalam satu kenyataan, UniMap menjarakkan diri daripada Murray dan memaklumkan ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penulis blog berkenaan.

Pada 1 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu Bukit Aman telah mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan keberadaan Murray menerusi Notis Biru.

“Kita sudah membuka kertas siasatan berkait isu 3R (raja, agama dan kaum),” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzill berkata, bukan sesuatu amalan yang pelik sekiranya sebuah syarikat besar atau konglomerat memberi tanggungjawab kepada anak syarikat atau syarikat subsidiari menjalankan projek tertentu.

“Amalan memberi projek kepada anak syarikat itu perkara biasa, biarpun yang menjalankannya anak syarikat terbabit, namun syarikat induk tetap membuat pantauan, jadi tidak ada isu pun,” katanya.

Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, dengan adanya pusat komersial di sekitar Kompleks Sukan Shah Alam pasti ada peluang perniagaan untuk peniaga dan penjaja tempatan, apatah kagi kawasan itu akan menjadi tarikan pengunjung sepanjang masa. – Gambar Facebook Rosli Sulaiman, 14 April, 2024

Sementara itu Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, difahamkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) itu akan turut membabitkan pembangunan pusat komersial berhampiran Stadium Shah Alam.

Keadaan itu, katanya pasti memberikan nilai tambah terutama daripada segi peluang pekerjaan kepada penduduk Selangor khususnya.

Beliau juga memaklumkan, pelbagai kemudahan lain akan turut dibangunkan dan ini mampu menjadikan KSSA satu tarikan pengunjung.

“Dengan adanya pusat komersial pastinya ada peluang perniagaan untuk peniaga serta penjaja tempatan, dan kawasan ini akan menjadi tarikan kepada pengunjung sepanjang masa, bukan hanya ketika ada perlawanan bola sepak atau pun acara lain yang dijalankan di stadium.

“Bila ada pusat komersial, ia jadi tumpuan, banyak premis akan dibuka dan saya rasa ia akan mewujudkan potensi ribuan peluang pekerjaan,” katanya.

TukimanTukiman Radion berpendapat, ia bukan satu kesalahan sekiranya anak syarikat diberi tanggungjawab menjalankan projek tertentu. – Gambar media sosial, 14 April, 2024

Sementara itu Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF), Tukiman Radion berpendapat, tidak timbul isu sekiranya anak syarikat yang diberi tanggungjawab menjalankan projek tertentu.

“Sudah tentu pihak yang menganugerah projek itu mempunyai kepercayaan penuh kepada kredibiliti syarikat induk.

“Tak menyalahi pun kalau anak syarikat diberi kuasa laksana projek, ia sama sahaja seperti melantik sub kontraktor untuk menjalankan projek,” katanya.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Saipolyazan M Yusop memaklumkan rancangan pembangunan semula Stadium Shah Alam berjalan lancar dengan kerja perobohan stadium itu dijangka bermula Mei atau Jun ini – 14 April, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related